Malaysian Attention Engine
Live wire
57Pegawai kerajaan maut ditikam suami47Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati47World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School46Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq43Inkues Zara Qairina: Mahkamah Koroner tetapkan 15 Januari 2027 tarikh keputusan41FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Kita terlalu berlembut dengan penghina agama?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:00 MYTLatest activity 16 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

“USAHA menya­tupadukan rakyat semes­tinya menghadapi halangan besar, apabila ada kalangan rakyat yang memilih mahu mensensasikan isu kaum, isu agama, isu negeri dan isu wilayah, pada waktu yang kita sepatutnya lebih memberi fokus, mematangkan kerjasama dan mengukuhkan persefahaman yang dirintis dan dibina oleh pemimpin terdahulu. Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta dalam kalangan insan yang mabuk kuasa. Merdeka itu bakal hancur maknanya apabila lidah sebahagian rakyat bersifat lebih bisa daripada anak panah beracun, memilih meracuni fikiran rakyat.” – Sultan Nazrin Muiz (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Kita terlalu berlembut dengan penghina agama?

By Fatihah Jamhari · 16 Oct, 08:00 MYT

“USAHA menya­tupadukan rakyat semes­tinya menghadapi halangan besar, apabila ada kalangan rakyat yang memilih mahu mensensasikan isu kaum, isu agama, isu negeri dan isu wilayah, pada waktu yang kita sepatutnya lebih memberi fokus, mematangkan kerjasama dan mengukuhkan persefahaman yang dirintis dan dibina oleh pemimpin terdahulu. Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta dalam kalangan insan yang mabuk kuasa. Merdeka itu bakal hancur maknanya apabila lidah sebahagian rakyat bersifat lebih bisa daripada anak panah beracun, memilih meracuni fikiran rakyat.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Isu kebiadaban terhadap kesucian agama kembali mencetuskan kemarahan yang memuncak dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Tindakan dangkal individu yang sanggup menggadai batas akidah dan maruah agama semata-mata kerana mahu menagih perhatian di media sosial kini sudah berada di tahap yang amat membimbangkan.

Berdasarkan laporan terkini, tindakan pantas pihak berkuasa agama melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan beberapa individu wajar dipuji.

Namun persoalan kini timbul, sampai bila kita harus terus bersabar dengan barah sosial sebegini?

Penularan video tidak senonoh ini bukan sekadar menguji keteguhan perundangan syariah, malah ia adalah satu tamparan keras yang mencarik-carik sensitiviti umat Islam.

Lebih malang lagi, kebiadaban ini turut membakar rasa jijik dan amarah dalam kalangan masyarakat beragama Hindu sendiri, apabila pegangan suci mereka diperolok-olok, dipijak martabatnya, dan dijadikan bahan lawak jenaka murahan demi tontonan di media sosial.

Apabila video seumpama ini tular, media sosial dipenuhi jeritan kemarahan rakyat. Namun, yang paling menakutkan adalah budaya menormalisasikan penghinaan mula meresap dan membarah dalam masyarakat dan disajikan kepada generasi muda.

Individu-individu mabuk perhatian ini bertindak seolah-olah undang-undang negara ini sudah kehilangan taringnya.

Sebelum ini pun, negara digemparkan dengan insiden membabitkan penyampai radio yang dikatakan mengajuk ritual agama lain, disusuli pula dengan tindakan biadab Vikneswaran Selvanathan yang secara terang-terangan memijak senaskhah al-Quran.

Apakah kita sedang menunggu seluruh institusi agama diinjak-injak lumat sebelum undang-undang bertindak dengan lebih tegas dan menghukum mengikut tahap keseriusan kesalahan?

Dari sudut perundangan, siasatan di bawah peruntukan seperti Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bagi kesalahan akidah dan penghinaan kesucian Islam mesti dilaksanakan tanpa kompromi.

Namun, timbul persoalan sinis yang menghantui rakyat: Adakah kerana hukuman di bawah undang-undang syariah sering kali dipandang ringan berbanding Kanun Keseksaan, maka golongan angkuh ini berani mencabar dan terus mengulangi kebiadaban yang sama?

Malang sekali kerana ramai pihak yang berlindung di sebalik retorik ‘kebebasan beragama’ untuk menghalalkan apa sahaja tindakan mabuk perhatian mereka. Perlu diingat dengan tegas, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukanlah lesen tanpa had.

Kebebasan itu ada sempadannya. Garis pemisah tersebut jelas termaktub apabila ia menyentuh kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan pasak negara di bawah Perkara 3.

Meskipun, agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai, tetapi harus didalami, di manakah erti ‘aman dan damai’ jika tindakan segelintir parasit media sosial ini sengaja mencetuskan api permusuhan yang boleh meletupkan keharmonian antara kaum di Malaysia?

Tindakan tidak waras ini bukan sahaja membangkitkan amarah orang Islam, bahkan turut melukai hati penganut Hindu yang matang dan menghormati perpaduan.

Di mana letaknya nilai kemanusiaan dan akal budi apabila agama lain direndahkan demi perhatian di dunia maya?

Mungkin pihak polis juga boleh menyiasat insiden ini di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan [Akta 574] bagi kesalahan dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama melalui perkataan, tulisan atau bunyi yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya.

Bukankah agama Hindu tidak wajar diperolok seolah-olah ritual agama itu hanyalah cosplay yang diperaga untuk mendapat status tular di media sosial?

Dalam era digital tanpa sempadan ini, ketagihan untuk menjadi tular telah meracuni akal budi sebahagian pengguna media sosial. Di sinilah peranan ibu bapa dan masyarakat diuji.

Pemantauan yang longgar hanya akan melahirkan anak-anak muda yang ‘miskin adab, tuli kesopanan, dan kosong akidah’.

Namun, teguran paling keras harus ditujukan kepada pihak penguat kuasa. Pegawai penguatkuasa agama tidak wajar menyimpan taring apabila maruah agama diinjak di muka penglihatan umum.

Jangan biarkan siasatan berakhir dengan alasan-alasan klise atau hukuman denda yang sekadar lepas batuk di tangga.

Malahan, tindakan yang terlalu berlembut dengan golongan bongkak ini hanya akan memberikan isyarat yang salah kepada generasi muda yang memerhati.

Apakah pengajaran dan etika yang ingin kita didikkan kepada anak-anak kecil apabila kita terus-terusan membiarkan perlakuan sumbang sebegini berleluasa?

Umat Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya sudah muak dengan perlakuan mabuk perhatian ini.

Jika kita terus berlembut dengan mereka yang biadab, jangan terkejut jika suatu hari nanti, keharmonian negara ini runtuh berkecai angkara ketamakan segelintir pihak yang mabuk publisiti murahan. – UTUSAN

PENULIS ialah pengamal undang-undang beramal di Kuala Lumpur.

The post Kita terlalu berlembut dengan penghina agama? appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:13 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Kita terlalu berlembut dengan penghina agama?
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.