Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB54Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB47Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca46Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun45El Nino: Nelayan pantai antara terkesan44General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar43Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia41Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi40Prabowo lulus terima bantuan Malaysia padam kebakaran hutan40Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki40'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Kompany yakin Bayern semakin hampir temui prestasi terbaik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 17:09 MYTLatest activity 16 Oct, 17:09BMconfidence 60%

What happened

BERLIN: Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany percaya pasukannya semakin hampir mempamerkan prestasi terbaik meskipun sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir menjelang pertembungan menentang Leipzig dalam saingan Bundesliga, esok. (Berita Harian, 17:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Kompany yakin Bayern semakin hampir temui prestasi terbaik

By REUTERS · 16 Oct, 17:09 MYT

BERLIN: Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany percaya pasukannya semakin hampir mempamerkan prestasi terbaik meskipun sekadar mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir menjelang pertembungan menentang Leipzig dalam saingan Bundesliga, esok.

Juara Jerman itu seri 2-2 dengan Augsburg dalam aksi liga, sebelum terikat 3-3 ketika menentang pasukan bukan pilihan, Viking, pada saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

Bayern turut berdepan masalah di bahagian pertahanan dan gagal menyempurnakan beberapa peluang, selain terpaksa bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua perlawanan untuk menyelamatkan keputusan seri.

Keputusan itu menyaksikan Bayern kini berada di tangga ketiga Bundesliga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu bersama, Freiburg dan Borussia Dortmund.

Bagaimanapun, Kompany percaya terdapat perkembangan positif yang tidak dapat dilihat menerusi keputusan perlawanan semata-mata, termasuk keupayaan pasukannya menghasilkan banyak percubaan ke arah gol.

"Kami mahu menyerang. Kami merasakan terdapat banyak perkara di sebalik tanggapan terhadap dua keputusan ini. Saya berasakan kami hanya selangkah lagi sebelum mempamerkan versi terbaik pasukan.

"Dalam dua perlawanan terakhir, kami melakukan 50 percubaan ke arah gol. Jika kami dapat memperbaiki beberapa perkara, kami tidak jauh daripada prestasi terbaik," katanya pada sidang media, hari ini.

Bayern bakal mengharungi jadual padat selepas menentang Leipzig apabila berdepan Arsenal dalam Liga Juara-Juara sebelum bertemu Freiburg dalam aksi Bundesliga.

Selepas itu, mereka akan menentang Magdeburg dalam pusingan kedua Piala Jerman sebelum melayani kunjungan Dortmund dalam pertembungan Der Klassiker pada 31 Oktober ini.

Kompany menyifatkan siri perlawanan berprofil tinggi itu sebagai peluang terbaik buat pemainnya menguji kemampuan berdepan pasukan elit.

"Detik yang dianggap sesetengah pihak sebagai sukar ini sebenarnya adalah saat terbaik dalam karier anda. Jika memenangi perlawanan seperti ini, anda akan mencipta detik yang bermakna.

"Kami berada dalam keadaan bersedia dan bermotivasi. Kami menantikan perlawanan ini untuk mengukur kemampuan menentang pasukan terbaik.

"Pemain memberikan sepenuh kemampuan dalam setiap sesi latihan dan ia menyeronokkan untuk dilihat. Mereka tahu sekarang adalah masa terbaik untuk membuktikan kemampuan di atas padang," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:00
Latest 19:13 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 17:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.