
KPDN tumpaskan cubaan seleweng diesel di Kuala Langat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KPDN tumpaskan cubaan seleweng diesel di Kuala Langat (Google News Malaysia (BM), 11:24)
Read the reporting
1 report
KPDN tumpaskan cubaan seleweng diesel di Kuala Langat
Oleh: Norzamira Che Noh
SHAH ALAM: Cubaan sindiket mengaut keuntungan menerusi penyelewengan minyak diesel bersubsidi di negeri ini terbongkar semalam selepas diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, serbuan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pelabuhan Klang itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Langat pada jam 5.15 petang hasil pemantauan dan risikan.
Katanya, menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) itu, pihaknya merampas 8,050 liter minyak diesel dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan, dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan hampir RM200,000.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat aktiviti pemindahan cecair disyaki minyak diesel daripada lori ke dalam tangki skid atau mudah alih.
“Pasukan kemudian menyita sebuah lori jongket, sebuah lori tangki, satu unit tangki skid, tiga unit tangki bekas penyimpanan industri, pam penyedut dan hos penyambung dipercayai digunakan bagi aktiviti penyelewengan minyak diesel terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Muhamad Hanif berkata, dalam serbuan sama, dua lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan, masing-masing dipercayai pemandu lori tipper atau jongket dan lori tangki yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai menggunakan lori jongket untuk mengisi minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran.
“Minyak berkenaan kemudiannya dibawa ke tapak pembinaan sebelum disedut dan disimpan di dalam tangki mudah ali yang kemudiannya dipercayai dipindahkan pula ke dalam lori tangki sebelum dijual kepada pihak industri atau pembeli lain.
“KPDN Selangor membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 \[Akta 122\], termasuk mengenal pasti individu atau syarikat terbabit serta rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan,” katanya.
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- StateOver
single source and no mention for 24h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)11:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.