Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

KPKT pantau 262 projek perumahan terbengkalai

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:10 MYTLatest activity 19 Oct, 11:10BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Sebanyak 262 projek perumahan terbengkalai termasuk 163 projek tanpa lesen masih berada dalam pemantauan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). (Utusan Malaysia, 11:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

KPKT pantau 262 projek perumahan terbengkalai

By ZAHRA MOHAMAD ZHAHIR · 19 Oct, 11:10 MYT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 262 projek perumahan terbengkalai termasuk 163 projek tanpa lesen masih berada dalam pemantauan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 99 projek terbengkalai berlesen dikenal pasti melibatkan 28,289 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM15.40 bilion.

Beliau berkata, baki 163 projek lagi merupakan projek terbengkalai tanpa lesen yang turut dipantau kerajaan meskipun projek sedemikian tidak sepatutnya wujud.

“Sepatutnya tidak ada projek tanpa lesen, tetapi apabila sudah ada perkara sebegitu, ia merupakan legasi daripada masa lalu.

“Kita sebagai kerajaan tidak boleh lepas tangan. Kita juga perlu memantau dan melihat keadaan projek-projek tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Media Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Bilangan 5 Tahun 2026 di tapak projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 128 projek perumahan masih berstatus lewat, melibatkan 29,048 unit rumah dengan GDV berjumlah RM24.39 bilion.

Katanya, sebanyak 278 projek pula dikategorikan sebagai projek sakit, melibatkan 40,818 unit rumah dengan GDV bernilai RM38.02 bilion.

Bagaimanapun, beliau berkata, KPKT berjaya memulihkan sebanyak 1,726 projek perumahan bermasalah sejak 2023 hingga Ogos lalu, melibatkan 199,643 unit rumah dengan GDV keseluruhan RM158.16 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,542 projek berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 147 projek sakit kembali berstatus lancar.

“Sebanyak 37 projek terbengkalai pula berjaya dipulihkan melalui penyiapan fizikal atau penyelesaian lain yang memberi manfaat kepada pembeli rumah,” katanya.

Beliau berkata, TFST akan terus menjadi platform pemantauan dan intervensi awal bagi menangani projek perumahan bermasalah, termasuk melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan, syarikat utiliti, pemaju dan kontraktor.

Katanya, kerajaan turut meneliti penambahbaikan mekanisme sedia ada bagi mengurangkan risiko masalah projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai daripada terus berulang.

“Kita tidak boleh mengatakan bahawa dengan adanya pasukan petugas ini, tidak akan berlaku lagi masalah projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai.

“Tetapi apa-apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengulangan isu yang sama, kita akan cuba selesaikan,” katanya. – UTUSAN

The post KPKT pantau 262 projek perumahan terbengkalai appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:10 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 11:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

KPKT pantau 262 projek perumahan terbengkalai
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.