Malaysian Attention Engine
Live wire
53General : 'Corporate Mafia', FELDA Abuse Of Power Claims Among Dewan Rakyat Focus Today48Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF47Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia42World : Portugal Suspend Cristiano Ronaldo For 30 Days, Impose Us$286 Fine Over Camp Departure38Negeri Sembilan’s descent from stability to chaos37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Samun kabel ECRL, TM di Temerloh: Geng Ravi, Kepala, Dany, Mista tumpas, 17 ditahan37General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November376 ditahan bantu siasatan kes dera wanita Indonesia36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar36Abbe Hae didakwa ditahan polis
NewConfirmedupdated 57 min ago

KPM teliti dakwaan salah guna identiti aduan SISPAA

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 08:30 MYTLatest activity 20 Oct, 08:33BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kini meneliti dakwaan penggunaan identiti dan maklumat peribadi yang diragui kesahihan dalam aduan yang dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bersama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM). (Berita Harian, 08:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

KPM teliti dakwaan salah guna identiti aduan SISPAA

By Ercy Gracella Ajos · 20 Oct, 08:33 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kini meneliti dakwaan penggunaan identiti dan maklumat peribadi yang diragui kesahihan dalam aduan yang dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bersama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dalam kenyataan kepada BH, KPM berkata, penelitian itu susulan laporan khas BH yang membangkitkan keperluan memperketat pengurusan SISPAA bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem berkenaan sehingga boleh menjejaskan guru.

KPM berkata, penelitian mengambil kira aspek teknikal sistem terbabit yang berada di bawah seliaan BPA, selain pengurusan aduan pula tertakluk kepada Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam.

"Setiap aduan (yang diterima menerusi SISPAA), tidak boleh dianggap sebagai bukti kesalahan secara automatik. Sebaliknya ia diteliti berdasarkan prinsip 5W1H (siapa, bila, apa, mengapa, di mana dan bagaimana).

"Pendekatan itu penting bagi memastikan maklumat dikemuka dalam aduan adalah jelas serta disokong bukti kukuh sebelum siasatan lanjut dijalankan.

"Aspek kerahsiaan dan tadbir urus setiap aduan yang diterima turut diberi perhatian bagi mengelak penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan tekanan, prejudis atau persepsi tidak wajar terhadap mana-mana pihak," katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendesak proses mengemuka aduan melalui SISPAA Kementerian Pendidikan (KPM) diperketat kerana ketika ini saluran itu terdedah luas kepada eksploitasi, termasuk bagi memfitnah dan mencemarkan reputasi pendidik.

Gesa SISPAA KPM dirombak

Mengemuka syor berkenaan, NUTP yang mewakili kira-kira 230,000 pendidik seluruh negara itu menegaskan SISPAA KPM perlu dirombak dengan mewajibkan pengesahan identiti pengadu serta tapisan integriti dakwaan sebelum siasatan terhadap guru dimulakan.

SISPAA KPM ialah saluran rasmi disediakan bagi membolehkan orang awam mengemuka aduan, penghargaan, pertanyaan dan cadangan berkaitan penyampaian perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya.

Menurut KPM, sebarang tindakan hendaklah berasaskan fakta dan bukti serta mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

"Pendekatan ini bagi memastikan pengurusan aduan dilaksanakan secara telus dan berintegriti, selain memelihara hak, kebajikan serta kesejahteraan warga pendidik.

"Pada masa sama, langkah ini dapat memperkukuh kecekapan dan kepercayaan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan KPM," katanya.

Sementara itu BPA sebelum ini berkata, pihaknya akan mengintegrasi pengesahan identiti melalui MyDigital ID ke dalam portal SISPAA.

Langkah itu bagi memperkukuh integriti dan keberkesanan pengurusan aduan awam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow09:00
Latest 09:01 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 08:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

KPM teliti dakwaan salah guna identiti aduan SISPAA
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.