Malaysian Attention Engine
Live wire
53Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202550Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan50Pushing mega-projects, Hamzah Zainudin criticises Budget 2027 as ‘lacking vision’47Meta expands WhatsApp utility with non-account guest calling features45General : Kelantan Teen Set For Fourth Appearance At Global It Challenge41Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah41Sulaiman bertanding jika parti mahukannya40Govt considers seizing assets of motorists to compensate crash victims39Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia39General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok38China-North Korea bridge to open on October 15
NewConfirmedupdated 3 h ago

Krisis Negeri Sembilan: Pembangkang junjung titah, kemelut takhta perlu ikut undang-undang

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
24
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 13:08 MYTLatest activity 15 Oct, 14:05BMconfidence 82%

What happened

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut institusi takhta Negeri Sembilan diselesaikan melalui saluran undang-undang yang sah, berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak perlu memberikan ruang sewajarnya kepada mekanisme perundangan serta adat yang sah untuk menentukan penyelesaian terbaik terhadap kemelut berkenaan.Menurutnya, proses penyelesaian itu perlu dilaksanakan mengikut tertib dan kebijaksanaan bagi memelihara kedaulatan institusi beraja serta keluhuran undang-unda (Sinar Harian, 13:08)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Krisis Negeri Sembilan: Pembangkang junjung titah, kemelut takhta perlu ikut undang-undang

By TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN · 15 Oct, 13:08 MYT

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut institusi takhta Negeri Sembilan diselesaikan melalui saluran undang-undang yang sah, berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua pihak perlu memberikan ruang sewajarnya kepada mekanisme perundangan serta adat yang sah untuk menentukan penyelesaian terbaik terhadap kemelut berkenaan.Menurutnya, proses penyelesaian itu perlu dilaksanakan mengikut tertib dan kebijaksanaan bagi memelihara kedaulatan institusi beraja serta keluhuran undang-undang."Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja agar kemelut melibatkan institusi takhta Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak berautoriti untuk diselesaikan melalui saluran undang-undang yang sah, berlandaskan peruntukan serta tatacara yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ujar Hamzah, kepentingan memelihara institusi beraja dan keluhuran undang-undang perlu diberikan keutamaan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Majlis Raja-Raja pada Rabu yang menyeru supaya pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diselesaikan oleh pihak berkepentingan dan berautoriti melalui saluran yang sah, tertib serta berwibawa.Kemelut takhta Negeri Sembilan tercetus susulan proklamasi bertarikh 19 April lalu yang dikeluarkan Undang Yang Empat bagi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selain memilih Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai pengganti.Pertikaian kemudian timbul berhubung kesahan proklamasi itu serta pematuhan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Pada 31 Julai, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) memutuskan proklamasi berkenaan tidak sah, antara lain berikutan persoalan mengenai status beberapa penandatangan dan pematuhan tatacara yang ditetapkan. DKU turut menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Pada 16 September pula, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) mengumumkan bahawa proklamasi penurunan takhta dan pemilihan pengganti telah disempurnakan, sekali gus mengisytiharkan Tuanku Muhriz diturunkan takhta dan Tunku Nadzaruddin diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara pada 17 September menyatakan proklamasi bertarikh 19 April itu tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Pada 14 Oktober, Majlis Raja-Raja menyeru supaya pertikaian berkenaan tidak dicampuri atau dipolitikkan pihak luar, sebaliknya diserahkan kepada pihak berkepentingan dan berautoriti untuk diselesaikan melalui saluran undang-undang yang sah.Pada hari sama, Tuanku Muhriz turut menegaskan bahawa sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau pewarisan takhta perlu diselesaikan berdasarkan adat dan undang-undang yang berkenaan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:54 MYT
24New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
15 Oct, 13:08 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    13:08

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.