
Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Pembinaan kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah yang diumumkan menerusi Belanjawan Madani 2027 bakal memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen
PETALING JAYA – Pembinaan kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah yang diumumkan menerusi Belanjawan Madani 2027 bakal memperkukuh kebajikan anggota serta meningkatkan keupayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penyediaan kemudahan kediaman lebih kondusif penting bagi memastikan kebajikan anggota yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang dan pengurusan tahanan imigresen terus terpelihara.
Menurut beliau, kemudahan itu bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan anggota dan keluarga, malah membantu mereka memberikan tumpuan terhadap pelaksanaan tugas serta tanggungjawab jabatan.
“Kebajikan anggota bukan sekadar soal penyediaan kemudahan, sebaliknya merupakan asas kepada kesiapsiagaan dan keberkesanan sesebuah organisasi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan.
Selain pembinaan kuarters, JIM turut menyambut baik pengumuman pembinaan Pejabat Imigresen Keningau, Sabah yang dijangka memperkukuh prasarana serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
Zakaria berkata, pembangunan berkenaan diharap dapat menyediakan persekitaran urusan yang lebih sistematik, selesa dan cekap, sejajar dengan keperluan rakyat terhadap perkhidmatan awam berkualiti.
Beliau berkata, kedua-dua inisiatif itu merupakan pelaburan strategik dalam memperkukuh kapasiti organisasi dengan memberikan perhatian seimbang terhadap kebajikan warga kerja dan keperluan perkhidmatan kepada rakyat.
Sehubungan itu, katanya, JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyelarasan pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi memastikan manfaat yang disasarkan dapat direalisasikan secara optimum. – KOSMO! ONLINE
The post Kuarters, pejabat baharu perkukuh prasarana imigresen appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.