Malaysian Attention Engine
Live wire
60RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202759Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202752General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution49Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Wan Ahmad Fayhsal dibenar keluar HKL45Bank Negara allocates additional RM5bil for SME relief facility44General : Budget 2027: PDRM To Strengthen Operational Capabilities, Combat Digital Crime - IGP44Jenayah kewangan semakin kompleks tuntut SPRM perkasa teknologi43Rakyat Malaysia di Arab Saudi diarah elak kawasan berisiko tinggi42World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Kumpulan koir UiTM harumkan nama negara rai kejayaan di Jerman

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 21:56 MYTLatest activity 9 Oct, 21:56BMconfidence 60%

What happened

Kumpulan koir UiTM harumkan nama negara rai kejayaan di Jerman (Harian Metro, 21:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Kumpulan koir UiTM harumkan nama negara rai kejayaan di Jerman

By Khairul Danish Azma · 9 Oct, 21:56 MYT

am@hmetro.com.my

Kumpulan Koir Universiti Teknologi Mara (UCC) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka di peringkat antarabangsa selepas meraih keputusan cemerlang di 3rd Magdeburg International Choir Festival di Jerman, baru-baru ini.

UCC yang kini berada di tangga ke-20 daripada 1,000 pasukan koir terbaik dunia dinobatkan sebagai Juara Kategori G2 (Koir Belia) bersama Diploma Emas Tahap VIII, Juara Kategori Suara Sama (Wanita) bersama Diploma Emas Tahap VIII dan Diploma Emas Tahap IX bagi kategori Muzik Budaya Rakyat.

Kumpulan yang terdiri daripada 25 pelajar Fakulti Muzik UiTM Shah Alam itu turut menerima anugerah berprestij Persembahan Koir Terbaik dan Paling Cemerlang di festival berkenaan.

Dekan Fakulti Muzik UiTM Shah Alam, Profesor Dr Tazul Izan Tajuddin mengakui bangga dengan keputusan yang diraih penuntut fakultinya.

"Keputusan yang diraih di bumi Jerman ini adalah hasil penat lelah serta pengorbanan yang diperbuat pelajar sebagai persiapan untuk ke sini.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan mereka (UCC)," katanya kepada Harian Metro.

Dr Tazul juga berkata, pihak fakulti berharap UCC akan terus membawa nama UiTM dan Malaysia di pentas antarabangsa.

"Ini tahun ke-11 kami menyertai pertandingan peringkat antarabangsa dan saya berharap UCC akan terus menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa dan membawa pulang keputusan yang memberangsangkan," katanya.

Sementara itu, pensyarah yang juga pengurus pasukan UCC, Maryann Magdalena Linnis berkata, banyak cabaran yang perlu dihadapi mereka sepasukan seperti kewangan, tempoh latihan serta kesihatan pelajarnya.

"Tempoh latihan bagi pertandingan ini sangat singkat, kurang daripada setahun kami berlatih 15 lagu untuk kejohanan ini.

"Selain itu, keadaan pelajar ketika latihan dan sebelum berangkat ke Jerman di mana ada daripada mereka yang dalam keadaan yang tidak sihat.

"Tapi cabaran terbesar bagi kami sepasukan adalah kewangan. Kami berlatih tanpa ada kata putus sama ada kewangan mencukupi untuk kami datang ke Jerman.

"Namun, dengan bantuan daripada pihak fakulti, masalah ini dapat diselesaikan dan saya berterima kasih kepada mereka," katanya.

Terbaru, UCC turut berangkat ke Berlin untuk percubaan memecah rekod dunia, 125 jam koir dan ke Vienna, Austria untuk membuat persembahan di Kedutaan Besar Malaysia, di sana.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:0023:00
Latest 23:00 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 21:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kumpulan koir UiTM harumkan nama negara rai kejayaan di Jerman · Malaysian Attention Engine