Malaysian Attention Engine
Live wire
60RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202759Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara57Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202752General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution49Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Wan Ahmad Fayhsal dibenar keluar HKL45Bank Negara allocates additional RM5bil for SME relief facility44General : Budget 2027: PDRM To Strengthen Operational Capabilities, Combat Digital Crime - IGP44Jenayah kewangan semakin kompleks tuntut SPRM perkasa teknologi43Rakyat Malaysia di Arab Saudi diarah elak kawasan berisiko tinggi42World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

KUSKOP, MITI diminta dapatkan maklum balas BDR sektor swasta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 19:47 MYTLatest activity 9 Oct, 19:47BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan diminta mendapatkan maklum balas syarikat swasta berhubung kemungkinan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) susulan keadaan jerebu luar biasa ketika ini. (Utusan Malaysia, 19:47)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

KUSKOP, MITI diminta dapatkan maklum balas BDR sektor swasta

By . HAFIZ SAIDINA · 9 Oct, 19:47 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan diminta mendapatkan maklum balas syarikat swasta berhubung kemungkinan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) susulan keadaan jerebu luar biasa ketika ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan turut dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan bagi meneliti kemampuan syarikat swasta melaksanakan dasar berkenaan, termasuk kekangan yang mungkin dihadapi.

Beliau berkata, kerajaan mahu mendapatkan gambaran jelas daripada sektor swasta mengenai kebolehlaksanaan BDR ketika beberapa sekolah ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

“Kita akan minta KUSKOP dan MITI berurusan dengan atau mendapatkan maklum balas daripada syarikat-syarikat swasta, terutama berkaitan dasar bekerja dari rumah,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.

Fahmi berkata, dasar BDR ketika ini sudah terpakai kepada penjawat awam, manakala sektor swasta sebelum ini turut digalakkan melaksanakan pendekatan sama susulan konflik di Asia Barat.

“Penjawat awam, memang waktu ini dasar bekerja dari rumah memang terpakai. Dan untuk mungkin sektor swasta, pihak kerajaan memang sewaktu mulanya perang di Asia Barat, sektor swasta telah digalakkan untuk turut mengadakan dasar bekerja dari rumah.

“Saya akan bangkitkan dalam Inha Allah Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan perkara ini, sama ada syarikat-syarikat swasta mampu untuk melaksanakan ataupun sekiranya mereka ada apa-apa kekangan.

“Cuma, keadaan jerebu pada ketika ini memang agak luar biasa. Dan kita juga mengambil maklum pihak KPM perlu menguruskan berdasarkan data daripada pihak NRES dan Jabatan Meteorologi yang mungkin terkini. Keadaan jerebu hari ini, pada saat ini dan pagi esok mungkin sangat berbeza,” katanya.

Mengulas penutupan beberapa sekolah, beliau berkata, tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) perlu dilihat berdasarkan keadaan jerebu ketika ini yang disifatkannya luar biasa susulan fenomena El Niño Super.

Katanya, kerajaan mengambil maklum bahawa keputusan berkaitan sekolah perlu dibuat berdasarkan data terkini daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Keadaan jerebu hari ini, pada saat ini dan pagi esok mungkin sangat berbeza,” katanya. – UTUSAN

The post KUSKOP, MITI diminta dapatkan maklum balas BDR sektor swasta appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:0021:0022:0023:00
Latest 23:00 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 19:47 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    19:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

KUSKOP, MITI diminta dapatkan maklum balas BDR sektor swasta · Malaysian Attention Engine