Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia46Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kutipan SST hampir tutup jurang ditinggalkan GST sebelum dimansuh

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 11:34 MYTLatest activity 11 Oct, 11:34BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka meningkat kepada RM73.3 bilion pada 2027, sekali gus menghampiri keupayaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjana hasil kerajaan sebelum dimansuhkan, demikian menurut Standard Chartered. (Berita Harian, 11:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Kutipan SST hampir tutup jurang ditinggalkan GST sebelum dimansuh

11 Oct, 11:34 MYT

KUALA LUMPUR: Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka meningkat kepada RM73.3 bilion pada 2027, sekali gus menghampiri keupayaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjana hasil kerajaan sebelum dimansuhkan, demikian menurut Standard Chartered.

Bank terkemuka dunia itu menerusi unjuran dalam satu laporan penyelidikan menganggarkan kutipan SST bersamaan 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026 sebelum meningkat kepada 3.2 peratus pada 2027, hampir menyamai purata kutipan GST sebanyak 3.3 peratus daripada KDNK pada 2016 hingga 2017.

Perkembangan itu menunjukkan jurang hasil antara SST dan GST yang wujud selepas pemansuhan cukai berkenaan kini hampir tertutup, berdasarkan unjuran dalam laporan penyelidikan Standard Chartered bertarikh 9 Oktober 2026.

Bagi 2026, kutipan SST dianggarkan meningkat kepada RM67 bilion, berbanding anggaran asal RM59.6 bilion, susulan peluasan skop cukai itu yang berkuat kuasa pada Julai 2025 serta perbelanjaan pengguna yang kekal kukuh.

Standard Chartered berkata, peluasan skop SST itu menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil cukai berkenaan, dengan anggaran terbaharu bagi 2026 meningkat kira-kira RM7.4 bilion daripada unjuran sebelumnya.

Bagi tahun depan, kutipan SST dijangka berkembang 9.5 peratus, disokong oleh penggunaan domestik yang berterusan serta kegiatan berkaitan pelancongan.

Unjuran itu turut mencerminkan peningkatan sumbangan cukai tidak langsung kepada hasil kerajaan, ketika hasil Persekutuan dijangka meningkat 4.7 peratus pada 2027, didorong pertumbuhan kutipan cukai langsung dan tidak langsung.

Secara keseluruhan, hasil Persekutuan diunjurkan meningkat kepada RM380.8 bilion pada 2027, berbanding anggaran semakan RM363.6 bilion bagi 2026, menurut laporan berkenaan.

Daripada jumlah itu, kutipan cukai tidak langsung dijangka meningkat kepada RM97.2 bilion pada 2027 berbanding RM89.7 bilion pada 2026, manakala hasil cukai langsung diunjurkan bertambah kepada RM199.9 bilion daripada RM191 bilion.

Selain peningkatan kutipan SST, hasil berkaitan petroleum turut menyumbang kepada kedudukan hasil kerajaan, dengan penerimaan daripada sektor itu diunjurkan meningkat kepada RM61.2 bilion pada 2027 berbanding RM54.8 bilion pada 2026.

Bagaimanapun, bahagian hasil berkaitan petroleum daripada keseluruhan hasil kerajaan diunjurkan pada 16.1 peratus pada 2027, berbanding 15.1 peratus pada 2026, masih lebih rendah daripada 18.9 peratus pada 2024 dan 17.1 peratus pada 2025.

Standard Chartered berpandangan bahawa peningkatan sumbangan percukaian domestik mencerminkan perubahan dalam komposisi hasil kerajaan, walaupun bahagian hasil petroleum dijangka meningkat sedikit pada 2027.

Dalam pada itu, peningkatan kutipan cukai berlaku ketika kerajaan berdepan keperluan membiayai perbelanjaan operasi dan pembangunan serta menampung subsidi dan bantuan sosial.

Perbelanjaan subsidi dan bantuan sosial diunjurkan berjumlah RM72.7 bilion pada 2027, berbanding RM74.5 bilion pada 2026, manakala perbelanjaan mengurus kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM376.8 bilion daripada RM363.1 bilion.

Pada masa sama, Standard Chartered menjangkakan peningkatan bantuan isi rumah melalui beberapa langkah Belanjawan 2027, termasuk kenaikan gaji minimum yang dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja serta pelepasan cukai pendapatan individu lebih tinggi yang berpotensi meningkatkan pendapatan boleh guna kira-kira lima juta pembayar cukai.

Bantuan tunai pula dijangka meningkat kepada RM16 bilion pada 2027 berbanding RM15 bilion pada 2026, bagi meneruskan sokongan bersasar kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut bank itu, langkah berkenaan dijangka memberikan sokongan sederhana kepada penggunaan swasta serta membantu melindungi kuasa beli isi rumah daripada tekanan kos sara hidup yang masih tinggi.

Unjuran kutipan SST yang semakin menghampiri purata hasil GST itu meletakkan prestasi cukai berkenaan sebagai antara perkembangan penting dalam kedudukan fiskal negara, ketika kerajaan mengunjurkan defisit fiskal terus mengecil kepada 3.3 peratus daripada KDNK pada 2027 berbanding 3.6 peratus pada 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:0013:00
Latest 13:39 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 11:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kutipan SST hampir tutup jurang ditinggalkan GST sebelum dimansuh · Malaysian Attention Engine