
KWAP rancang pelaburan sehingga RM1 bilion dalam sektor semikonduktor
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk memperuntukkan sehingga RM1 bilion dalam sektor semikonduktor bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan dan meningkatkan daya saing negara. (Utusan Malaysia, 17:40)
Read the reporting
2 reports
KWAP rancang pelaburan strategik, RM1.5 bilion melalui Dana Pemacu
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang pelaburan RM1.5 bilion melalui Dana Pemacu serta peruntukan dalam inovasi, peralihan tenaga, semikonduktor dan penginapan pelajar bagi menyokong keutamaan ekonomi negara.
Rancangan menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik itu tertakluk kepada proses pelaburan KWAP, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa.
KWAP dalam kenyataan memaklumkan, pelaburan melalui Dana Pemacu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh keupayaan pengurusan dana tempatan, menarik penyertaan modal swasta serta memperluas akses pembiayaan kepada syarikat Malaysia pada peringkat pertumbuhan.
"Belanjawan 2027 memperlihatkan peranan penting modal domestik jangka panjang sebagai pemangkin kemajuan ekonomi Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah.
Beliau berkata, keutamaan KWAP kekal tertumpu kepada pelaburan Dana Persaraan secara berhemat bagi menjana pulangan jangka panjang yang mampan, di samping meneroka peluang selaras dengan keutamaan pembangunan kerajaan di bawah Ekonomi MADANI.
Sebanyak RM200 juta lagi akan disalurkan melalui Dana Perintis bagi merancakkan ekosistem syarikat pemula niaga dan inovasi negara.
Selain itu, RM1 bilion akan disalurkan melalui Dana Iklim+ bagi pelaburan berteraskan iklim untuk menyokong peralihan tenaga Malaysia.
KWAP turut merancang memperuntukkan sehingga RM1 bilion kepada sektor semikonduktor, dengan tumpuan kepada peluang pelaburan sepanjang rantaian nilai bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan dan meningkatkan daya saing Malaysia.
Jay Khairil berkata, KWAP juga merancang menyalurkan RM750 juta melalui Projek Vista Kampus bagi membangunkan kemudahan penginapan khusus pelajar di universiti awam dan swasta tempatan terpilih.
Projek itu bertujuan memenuhi keperluan infrastruktur pendidikan tinggi negara.
Bagi memperkukuh ekosistem inovasi, kerajaan bersama KWAP akan mewujudkan Dana UniVC bernilai RM50 juta untuk menyokong pengkomersialan hasil penyelidikan universiti serta menggalakkan lebih banyak penyertaan modal swasta dalam pembangunan inovasi tempatan.
Jay Khairil berkata, komitmen itu memperkukuh peranan KWAP sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam menggerakkan modal jangka panjang bagi menyokong keutamaan ekonomi negara.
Katanya, KWAP terus berpegang kepada mandat di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662), tanggungjawab fidusiari dan komitmen terhadap pesara Malaysia.
KWAP akan terus melaksanakan pelaburan secara berhemat dan berdisiplin bagi menjana pulangan mampan, memperkukuh ekosistem pelaburan Malaysia, membangunkan keupayaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Sementara itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 semalam turut mengumumkan peningkatan kadar pencen minimum bulanan daripada RM1,000 kepada RM1,350.
Langkah itu akan memberi manfaat kepada hampir 59,000 pesara dan penerima pencen terbitan. Bantuan kewangan khas sebanyak RM750 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
– BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.