Malaysian Attention Engine
Live wire
54Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, bukti kerajaan tunaikan janji reformasi - PM44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar44General : 33 Malaysian Creators Nominated For TikTok's First Southeast Asia Awards41Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41Krisis bekalan petrol di Bali40'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil38Don’t blame UNHCR for govt’s failure to manage refugees, minister told37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis
NewConfirmedupdated 1 h ago

Langit Kalimantan bertukar jingga akibat jerebu, kebakaran hutan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:28 MYTLatest activity 14 Oct, 13:54BMconfidence 86%

What happened

Langit Kalimantan bertukar jingga akibat jerebu, kebakaran hutan (Google News Malaysia (BM), 13:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Langit Kalimantan bertukar jingga akibat jerebu, kebakaran hutan

By BERNAMA · 14 Oct, 13:32 MYT

Jakarta: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max , langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda wilayah itu.

Video yang dikongsi orang ramai di media sosial menunjukkan jalan raya dan bangunan di Palangka Raya, ibu kota wilayah berkenaan diselubungi jerebu tebal.

Menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menerusi laman sesawangnya, kualiti udara di Palangka Raya kekal pada tahap berbahaya pagi Rabu, dengan kepekatan zarah halus (PM2.5) mencecah hampir lima kali ganda paras ambang bagi kategori pencemaran tertinggi agensi itu.

Satu lagi video yang dikongsi dari Timpah, juga di Kalimantan Tengah menunjukkan langit berwarna jingga dan kawasan sekitarnya dilitupi jerebu tebal. Lelaki yang merakam video itu menyatakan waktu rakaman ialah 11 pagi pada 13 Oktober.

Keadaan itu menggambarkan pencemaran udara yang masih berlarutan di beberapa wilayah yang dilanda kebakaran.

Kementerian Perhutanan Indonesia memberi amaran bahawa kualiti udara masih membimbangkan meskipun usaha memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

"Kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya masih menjejaskan Kalimantan Tengah dan beberapa kawasan di Kalimantan Selatan, selain Sumatera Selatan dan Jambi, manakala kualiti udara di kebanyakan kawasan lain di Indonesia kekal pada tahap sederhana atau baik," menurut kementerian itu menerusi media sosial.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 277,075 kes jangkitan saluran pernafasan akut di 63 daerah dan bandar merangkumi tujuh wilayah terjejas setakat 11 Okt, termasuk 62,400 kes membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Menerusi hantaran di Instagram, kementerian itu memaklumkan bahawa seramai 2,106 petugas perubatan dan kesihatan telah dikerahkan ke kawasan terjejas.

Kementerian itu turut mengagihkan bekalan perubatan termasuk lebih 2.89 juta pelitup muka, 280 alat pemekat oksigen dan 4,908 set peralatan perlindungan diri (PPE).

Meskipun keadaan jerebu masih berlarutan, Kementerian Perhutanan memaklumkan bahawa jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di seluruh negara menurun lebih 77 peratus kepada 244 setakat 9 malam Selasa, berbanding 1,085 pada hari sebelumnya, berdasarkan pemantauan satelit menerusi sistem SiPongi.

Di enam wilayah, jumlah titik panas menurun kepada 148 daripada 542, dengan Kalimantan Tengah mencatatkan 65 titik panas, diikuti Sumatera Selatan (59), Kalimantan Barat (15) dan Kalimantan Selatan (sembilan), manakala Jambi dan Riau tidak merekodkan sebarang titik panas.

Kementerian memaklumkan sebanyak 61 pesawat masih dikerah bagi operasi memadam kebakaran, termasuk 17 untuk rondaan udara dan operasi modifikasi cuaca serta 44 bagi operasi pengeboman air. Enam daripada pesawat berkenaan beroperasi di luar wilayah keutamaan terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:42 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
14 Oct, 13:28 MYT
Origin confidence 60% · 4 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.