
LBS antara pemaju hartanah terbaik, raih dua pengiktirafan berprestij
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, meraih dua pengiktirafan berprestij di Malaysia Developer Awards 2026 (MDA), sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah di Malaysia. (Berita Harian, 16:29)
Read the reporting
3 reports
LBS antara pemaju hartanah terbaik, raih dua pengiktirafan berprestij
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, meraih dua pengiktirafan berprestij di Malaysia Developer Awards 2026 (MDA), sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah di Malaysia.
LBS meraih Anugerah Carta Utama sekali gus menempatkan kumpulan dalam kalangan tiga pemaju hartanah terbaik bagi kategori syarikat dengan permodalan pasaran di bawah RM1 bilion.
Kumpulan turut menerima Anugerah Kualitatif Terbaik atas kecemerlangan dalam beberapa aspek utama, termasuk inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), inovasi dalam pembangunan tempat serta pendigitalan, seperti yang tertera dalam Laporan Tahunan Bersepadu Kumpulan 2025.
Pengiktirafan berganda ini mencerminkan pendekatan LBS yang seimbang dalam memacu pertumbuhan perniagaan melalui prestasi kewangan yang kukuh, pengurusan perniagaan yang bertanggungjawab, inovasi serta penciptaan nilai jangka panjang.
Pencapaian ini turut memperlihatkan usaha berterusan kumpulan untuk memperkukuh kedudukan pasaran, di samping memenuhi keperluan dan jangkaan pembeli rumah serta komuniti yang sentiasa berkembang.
Majlis penyampaian anugerah itu telah berlangsung di Pusat Konvensyen KLGCC, Kuala Lumpur, dengan kehadiran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai tetamu kehormat.
MDA turut meraikan kecemerlangan dalam industri pembangunan hartanah dengan menilai pencapaian pemain industri berdasarkan permodalan pasaran, prestasi kewangan, tadbir urus korporat serta komitmen terhadap pertumbuhan lestari.
Mengulas mengenai pencapaian itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San, berkata: "Kami berbesar hati menerima dua anugerah ini yang mencerminkan daya tahan kumpulan, pendekatan perniagaan yang berdisiplin serta komitmen berterusan kami terhadap pertumbuhan lestari.
"Pengiktirafan ini mengukuhkan tanggungjawab kami untuk terus memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang taruh, di samping membangunkan projek hartanah berkualiti yang memenuhi keperluan dan jangkaan pembeli rumah serta gaya hidup komuniti yang sentiasa berubah.
"Melangkah ke hadapan, LBS kekal fokus untuk memperkukuh portfolio pembangunan, meneroka peluang baharu serta menambah baik pendekatan dalam perancangan dan pelaksanaan projek. Kami juga tidak sabar untuk memperkenalkan sebuah pembangunan baharu yang menarik pada bulan November, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan kumpulan.
"Selain membangunkan hartanah, kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang dirancang dengan teliti bagi memberikan nilai berpanjangan kepada pemilik rumah dan komuniti. Melalui pengurusan pembangunan yang bertanggungjawab, pembangunan tempat yang dirancang secara teliti serta penggunaan teknologi yang berkesan, kami akan terus memacu pertumbuhan mampan sambil memberikan sumbangan positif kepada komuniti yang kami santuni."
Pengiktirafan terbaharu ini terus memperkukuh rekod kecemerlangan LBS dalam industri, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kumpulan terhadap pembangunan berkualiti, tadbir urus korporat yang kukuh serta amalan perniagaan mampan demi mewujudkan nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.