
Lebih 750 penampakan beruang dilaporkan di Mongolia sejak musim bunga
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Lebih 80 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan anak beruang atau beruang betina bersama anaknya. (Astro Awani (BM), 08:20)
Read the reporting
1 report
Lebih 750 kes beruang dilaporkan di Mongolia sejak musim bunga
ULAANBAATAR: Sekurang-kurangnya 754 penampakan beruang dilaporkan di seluruh Mongolia sejak musim bunga tahun ini, menurut Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Khamis, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, 24 penampakan dilaporkan di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia, menurut kementerian berkenaan.
Lebih 80 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan anak beruang atau beruang betina bersama anaknya.
Angka itu dikeluarkan susulan serangan beruang di Ulaanbaatar antara malam Rabu dan awal Khamis lalu yang mengorbankan seorang lelaki berusia 40-an, manakala seorang wanita berusia 50-an cedera parah.
Peningkatan mendadak penampakan beruang di kawasan kediaman dan sekitarnya di seluruh Mongolia mendorong pihak berkuasa mengingatkan penduduk supaya terus berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko terserempak dengan haiwan berkenaan.
Permit memburu beruang setakat ini sudah dikeluarkan di lapan wilayah.
Menurut pakar, kejadian beruang bertembung dengan haiwan ternakan serta penampakan haiwan itu di kawasan kediaman semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka mengaitkan trend itu dengan beberapa faktor termasuk perubahan iklim, kekurangan sumber makanan di habitat semula jadi beruang serta eksploitasi sumber semula jadi secara berlebihan. – BERNAMA-XINHUA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)08:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.