Lebuhraya Pan Borneo: KKR Jadikan Teguran Lkan Pengajaran, Tambah Baik Pelaksanaan Projek - Nanta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lebuhraya Pan Borneo: KKR Jadikan Teguran Lkan Pengajaran, Tambah Baik Pelaksanaan Projek - Nanta (Google News Malaysia (BM), 00:20)
Read the reporting
1 reportLebuhraya Pan Borneo: KKR Jadikan Teguran Lkan Pengajaran, Tambah Baik Pelaksanaan Projek - Nanta
AM
08/10/2026 12:20 AM
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil serius 13 penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2026 berkaitan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1, dan akan dijadikan pengajaran bagi menambah baik pelaksanaan projek itu serta projek pembangunan yang lain kerajaan Persekutuan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penemuan Jabatan Audit Negara (JAN) itu termasuk kelewatan projek, peningkatan kos, kelemahan perancangan dan ketidakpatuhan terhadap peraturan serta garis panduan.
Beliau berkata setakat 25 Ogos, hanya empat daripada 35 pakej kerja LPB Sabah Fasa 1 telah siap, manakala baki 31 pakej masih dalam pelaksanaan, dengan kemajuan fizikal Fasa 1A ialah 89.01 peratus, WP09 sebanyak 37.58 peratus dan Fasa 1B sebanyak 23.96 peratus.
“Kelewatan projek antara lain berpunca daripada perubahan kaedah pelaksanaan daripada model Rakan Pelaksana Projek (PDP) kepada kaedah konvensional, pandemik COVID-19, isu pengambilan tanah, pengalihan utiliti dan prestasi kontraktor.
“Penamatan model PDP pada 2019, turut menyebabkan proses perolehan baharu perlu dilaksanakan sebelum 15 kontraktor Fasa 1A dianugerahkan pada 2021,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Nanta berkata peningkatan kos Fasa 1A pula disebabkan pelanjutan tempoh, perubahan skop, harga kontrak pembinaan serta isu tanah dan utiliti yang belum selesai.
Bagaimanapun, status bebas halangan tapak kini mencapai 99.79 peratus bagi Fasa 1A, 96.8 peratus bagi WP09 dan 79.43 peratus bagi Fasa 1B.
Nanta berkata KKR turut mengarahkan pegawai berkaitan di JKR Sabah dan kementerian mengikuti kursus pentadbiran serta pengurusan kontrak bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan CREATE JKR Malaysia, bagi memperkukuh kemahiran dalam penyediaan Bill of Quantity, penentuan kos dan dokumen kontrak.
“Selain itu, Jawatankuasa Pemandu LPB Sabah yang ditubuhkan sejak November 2024, terus memperkukuh pemantauan melalui Program Turun Padang”, katanya.
Beliau berkata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut mengesyorkan supaya jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKR dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, bagi meningkatkan penyelarasan agensi negeri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
LAGI BERITA
6minit lalu
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- StateOver
single source and no mention for 31h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)00:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.