
‘Lega sementara’, persatuan kata RM1,000 tak cukup selamatkan industri teksi, bas sekolah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bantuan RM1,000 memanfaatkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah. PETALING JAYA: Bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah hanya memberi kelegaan sementara, dengan wakil industri menggesa penyelesaian jangka panjang bagi menangani kos operasi dan kemerosotan jumlah pengusaha. (Free Malaysia Today, 09:00)
Read the reporting
1 report
‘Lega sementara’, persatuan kata RM1,000 tak cukup selamatkan industri teksi, bas sekolah
Bantuan RM1,000 memanfaatkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah. PETALING JAYA: Bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah hanya memberi kelegaan sementara, dengan wakil industri menggesa penyelesaian jangka panjang bagi menangani kos operasi dan kemerosotan jumlah pengusaha.
Presiden Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Hussain, berkata bantuan itu tidak sepadan peningkatan kos operasi dan sara hidup, termasuk sewa teksi RM1,350 sebulan, bahan api RM1,500 serta penyelenggaraan RM200 hingga RM300.
“Kos insurans tahunan pula mencecah RM900 hingga RM2,600,” katanya kepada FMT.
Beliau turut menggesa kerajaan menyelaraskan kadar tambang e-panggilan yang didakwanya terlalu rendah sehingga mencetuskan persaingan tidak sihat dan menjejaskan pendapatan pemandu teksi.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata bantuan khas diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 itu bersifat sekali bayar dan bergantung pada hasil tambahan kerajaan jika mahu diteruskan pada masa depan.
Pemberian itu memanfaatkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata industri memerlukan pembaharuan untuk menarik golongan muda serta membantu pengusaha menggantikan kenderaan lama.
Katanya, jumlah bas sekolah berlesen di Semenanjung merosot daripada kira-kira 14,000 pada Januari 2019 kepada 10,744 pada Januari 2026.
“Pengeluaran lesen baharu belum dapat mengimbangi jumlah pengusaha yang meninggalkan industri, termasuk mereka yang sudah berusia dan tidak lagi mampu meneruskan operasi.
“Kekangan pembiayaan juga menyukarkan pengusaha menggantikan bas lama, khususnya apabila masih mempunyai baki pinjaman kenderaan persendirian dan tidak dapat memperoleh pembiayaan baharu,” katanya.
Amali mencadangkan kerajaan menyediakan pinjaman mudah melalui program peremajaan dan pemutihan bas sekolah bagi membolehkan pengusaha beralih kepada bas berdaftar serta meneruskan perniagaan kepada generasi seterusnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.