
Lelaki ditahan bawa beg penuh ular berbisa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
COLOGNE: Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Cologne Bonn, Jerman selepas cuba menyeludup lebih 90 ekor reptilia termasuk ular berbisa dan biawak di dalam bagasinya. (Utusan Malaysia, 22:00)
Read the reporting
1 report
Lelaki ditahan bawa beg penuh ular berbisa
COLOGNE: Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Cologne Bonn, Jerman selepas cuba menyeludup lebih 90 ekor reptilia termasuk ular berbisa dan biawak di dalam bagasinya.
Pegawai kastam memaklumkan lelaki berusia 45 tahun yang bekerja sebagai anggota bomba dari Mexico itu kelihatan sangat mencurigakan dan gelisah ketika cuba melalui laluan keluar hijau di lapangan terbang berkenaan.
Pihak berkuasa pada mulanya menjalankan ujian saringan dadah terhadap lelaki tersebut yang menunjukkan keputusan positif kokain sebelum bertindak memeriksa kandungan beg pakaiannya.
Meskipun tiada sebarang bahan terlarang ditemui, pemeriksaan lanjut membongkar penemuan ular kapak, ular kapak berbisa serta pelbagai spesies ular dan biawak lain termasuk iguana yang disembunyikan di dalam botol syampu, bekas krim, bekas plastik dan gumpalan stoking.
“Rakan sejawat saya di lapangan terbang sudah biasa dengan pelbagai barang cenderamata pelik di dalam bagasi, tetapi kami tidak pernah berdepan kejadian membawa 37 ekor ular berbisa hidup dan 55 ekor biawak dari Mexico seperti ini,” kata jurucakap Pejabat Kastam Cologne, Jens Ahland.
Ahland menambah sesetengah haiwan berkenaan disimpan dalam keadaan yang sangat teruk manakala sebahagian lagi mati sepanjang penerbangan dari Bandar Raya Mexico yang transit melalui Istanbul.
Suspek yang tidak didedahkan identitinya mendakwa beliau membawa haiwan-haiwan berkenaan atas pertolongan rakan kenalannya dari Brazil.
Lelaki itu kemudiannya dihalang daripada memasuki Jerman dan dihantar pulang ke Istanbul.
Haiwan yang diselamatkan dari bagasinya kini ditempatkan di sebuah pusat penternakan ular di Jerman.
Menurut pihak kastam, sebanyak 1,300 kes rampasan melibatkan lebih 56,600 haiwan dan tumbuhan dilindungi atau produk berasaskannya telah direkodkan di seluruh Jerman pada tahun lalu. -AGENSI
The post Lelaki ditahan bawa beg penuh ular berbisa appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia22:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.