
Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ABUJA – Seorang tukang jahit di Nigeria, Abdulkadir Hassan menyempurnakan cabaran menjahit selama 120 jam tanpa henti untuk mencipta nama dalam Guinness World Records kategori maraton menjahit paling lama, lapor Nigerian Tribune. (Kosmo!, 17:57)
Read the reporting
1 report
Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti
ABUJA – Seorang tukang jahit di Nigeria, Abdulkadir Hassan menyempurnakan cabaran menjahit selama 120 jam tanpa henti untuk mencipta nama dalam Guinness World Records kategori maraton menjahit paling lama, lapor Nigerian Tribune.
Abdulkadir menjahit tanpa henti selama lima hari berturut-turut, sekali gus mencuri tumpuan orang ramai dan pengguna media sosial yang mengikuti cabaran ketahanan luar biasa itu.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, dia meraikan kejayaan dengan memanjat doa kesyukuran, diiringi sorakan gemuruh daripada para penyokongnya..
Abdulkadir turut mendedikasikan usaha itu bagi membantu golongan kurang bernasib baik dengan menghasilkan pakaian seragam sekolah percuma untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.
Inisiatif murni itu menggabungkan kemahiran menjahit dengan misi kebajikan demi menyokong pendidikan kanak-kanak serta meringankan beban kewangan keluarga miskin.
Malah, sebahagian besar pengguna laman sosial menyifatkan pencapaian itu sebagai kebanggaan buat seluruh tukang jahit dan pereka fesyen di Nigeria. – AGENSI
The post Lelaki menjahit 5 hari tanpa henti appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!17:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.