
Lelaki terselamat selepas terperangkap 26 jam dalam gua
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sardinia, Itali: Seorang lelaki diselamatkan dalam keadaan masih hidup selepas terperangkap di dalam gua di Pulau Sardinia, Itali, selama kira-kira 26 jam susulan kejadian runtuhan batu yang berlaku pada Isnin, lapor The Independent. (Harian Metro, 12:50)
Read the reporting
1 report
Lelaki terselamat selepas terperangkap 26 jam dalam gua
Sardinia, Itali: Seorang lelaki diselamatkan dalam keadaan masih hidup selepas terperangkap di dalam gua di Pulau Sardinia, Itali, selama kira-kira 26 jam susulan kejadian runtuhan batu yang berlaku pada Isnin, lapor The Independent.
Luca Olmetto, 31, sedang meneroka Gua Gorroppeddu berhampiran bandar Urzulei di bahagian tengah timur Sardinia pada petang Ahad apabila runtuhan batu menyebabkan dia terperangkap kira-kira 10 meter (m) di bawah permukaan tanah.
Teman wanitanya yang berada beberapa meter di belakangnya terselamat tanpa kecederaan sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Susulan itu, menurut media tempatan, kira-kira 30 anggota penyelamat, termasuk doktor dan pakar pembersihan runtuhan, dihantar ke lokasi bersama ambulans udara wilayah dan pasukan bomba.
Anggota Kor Penyelamat Alpine dan Speleologi Sardinia (CNSAS), dengan kerjasama jabatan bomba tempatan, berjaya menemui Olmetto menjelang lewat petang Isnin selepas mengalihkan runtuhan batu dan tanah secara manual dari laluan sempit.
Difahamkan, mereka membersihkan sejumlah besar serpihan yang menutupi lelaki itu sebelum membawanya keluar dari ruang gua berkenaan.
Olmetto kekal sedar dan memberikan respons sepanjang operasi menyelamat dijalankan.
Dalam pada itu, kor berkenaan menyifatkan operasi itu sebagai 'operasi yang amat rumit' dalam kenyataan di media sosial, selain menggambarkan ruang kerja penyelamat sebagai 'amat sempit'.
Olmetto kemudian dibawa keluar ke permukaan sejurus selepas jam 6 petang waktu tempatan sebelum kakitangan perubatan menstabilkan keadaannya dan dia diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital untuk pemeriksaan serta rawatan.
Majlis Perbandaran Codrongianos, bandar di barat laut Sardinia yang menjadi tempat asal Olmetto, berkata tempoh 24 jam sebelumnya dipenuhi 'kebimbangan besar bagi seluruh masyarakat'.
"Selepas berjam-jam dilanda kebimbangan besar, berita yang dinanti-nantikan seluruh penduduk Codrongianos akhirnya tiba, Olmetto sudah keluar dari gua.
"Ia adalah tempoh yang sukar, ketika seluruh masyarakat berada dalam keadaan cemas susulan operasi menyelamat yang dijalankan," katanya.
Majlis perbandaran itu turut mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk sampai kepada mangsa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.