
Lencongan di Lebuhraya BKE untuk latihan simulasi kecemasan Rabu ini
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Lencongan di Lebuhraya BKE untuk latihan simulasi kecemasan Rabu ini (Harian Metro, 16:26)
Read the reporting
1 report
Lencongan di Lebuhraya BKE untuk latihan simulasi kecemasan Rabu ini
nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari arah barat iaitu Butterworth-Kubang Semang menghala ke timur berhampiran Lunas, Kedah, akan dilencongkan melalui Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Penanti arah timur, pada Rabu (21 Oktober ini).
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan lencongan itu akan diaktifkan pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, bagi menjalankan latihan simulasi kecemasan.
"Latihan simulasi itu diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas, persediaan dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi-agensi berkaitan ketika menghadapi situasi kecemasan di lebuh raya.
"Di samping itu, latihan ini turut menilai serta mengkaji tahap kecekapan proses menyelamat mangsa kemalangan oleh agensi penyelamat berkaitan," katanya.
Menurutnya, latihan simulasi itu akan membabitkan penyertaan anggota daripada PLUS serta pelbagai agensi berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Selain itu, ia juga membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Prifaria Sdn Bhd yang juga rakan strategik pengangkutan dan Edgenta Infrastructure Services iaitu kontraktor penyelenggaraan lebuh raya.
"Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, platform media sosial PLUS termasuk akaun X @plustrafik, serta paparan mesej elektronik (VMS) yang terletak di lokasi berhampiran latihan.
"Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000, sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan," katanya.
Katanya, PLUS menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh pelaksanaan latihan berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.