
Letih luar biasa isyarat penyakit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SAKIT badan selepas bersenam, kurang tidur atau melalui minggu yang sibuk biasanya akan pulih selepas berehat. (Berita Harian, 11:21)
Read the reporting
1 report
Letih luar biasa isyarat penyakit
SAKIT badan selepas bersenam, kurang tidur atau melalui minggu yang sibuk biasanya akan pulih selepas berehat.
Namun, jika rasa sakit berulang tanpa sebab jelas, sendi membengkak atau tubuh mula menunjukkan perubahan yang sukar dijelaskan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan penilaian perubatan.
Menjelaskan hal ini, Pakar Perunding Reumatologi, Imunologi Klinikal dan Alergi, Dr Anindita Santosa, berkata penyakit autoimun dan keradangan tidak semestinya muncul dengan tanda yang jelas.
Beliau berkata, adakala ia bermula dengan gejala yang kelihatan biasa seperti keletihan, sakit otot, sakit kepala, tidur tidak berkualiti atau rasa tidak sihat yang sukar digambarkan.
"Masalahnya, gejala seperti ini mudah dikaitkan dengan tekanan, kesibukan bekerja, perubahan hormon atau kurang rehat. Apa yang lebih penting ialah pola gejala.
"Sendi yang kelihatan bengkak, kekejangan pada waktu pagi yang berlarutan lebih 30 hingga 60 minit, sakit yang lebih teruk selepas berehat berbanding ketika bergerak, demam berulang tanpa sebab jelas, ruam luar biasa, ulser mulut berulang, keletihan ketara atau penurunan berat badan tanpa sebab antara tanda yang perlu diberi perhatian," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Perubatan Pengasas Aaria Rheumatology, berkata perubahan warna pada jari apabila terdedah kepada cuaca sejuk atau gejala yang membabitkan beberapa bahagian tubuh pada masa sama juga wajar dibincangkan dengan doktor.
Katanya, tempoh gejala turut penting. Jika sakit atau kekejangan sendi berlarutan selama beberapa minggu, khususnya melebihi enam minggu, atau kerap berulang tanpa penjelasan, ia tidak seharusnya terus dianggap berpunca daripada terlalu sibuk atau keletihan.
"Penyakit autoimun jarang datang dengan tanda yang terus memberitahu, "Ini lupus" atau "Ini artritis." Sebaliknya, gejala mungkin muncul secara perlahan dan datang serta pergi.
"Seseorang mungkin mengalami sakit sendi yang ketara pada satu minggu tetapi kelihatan sihat ketika berjumpa doktor. Ruam pula mungkin sudah hilang sebelum pemeriksaan dilakukan.
"Keadaan ini antara sebab diagnosis penyakit autoimun kadangkala mencabar," katanya.
Beliau turut menegaskan, ujian darah juga tidak semestinya memberikan jawapan pada peringkat awal.
Sesetengah penanda penyakit boleh berada dalam julat normal walaupun pesakit mengalami masalah keradangan.
Pada masa sama, ujian antibodi tertentu boleh memberikan keputusan positif dalam kalangan individu yang sebenarnya tidak menghidap penyakit autoimun.
"Justeru, diagnosis tidak sepatutnya dibuat berdasarkan satu keputusan makmal sahaja.
"Satu gejala mungkin sekadar gangguan, tetapi pola yang konsisten memberikan maklumat. Ini adalah prinsip penting dalam menilai pesakit dengan gejala yang berulang," katanya.
Dalam kalangan wanita, katanya keadaan menjadi lebih kompleks apabila gejala membabitkan beberapa sistem tubuh.
Masalah kulit, sendi, kiraan sel darah, sistem penghadaman, sakit kepala atau komplikasi kehamilan mungkin dinilai pada masa dan konsultasi yang berbeza.
Dr Anindita berkata, jika setiap masalah dilihat secara berasingan, gambaran keseluruhan penyakit mungkin terlepas.
"Sebab itu, catatan ringkas mengenai perjalanan gejala boleh membantu doktor melihat kaitan yang mungkin tidak begitu jelas pada satu-satu masa.
"Dalam bidang reumatologi, antara penyakit keradangan yang sering dinilai termasuk artritis reumatoid, lupus eritematosus sistemik atau lupus, spondiloartritis, artritis psoriatik dan penyakit Sjögren.
"Penyakit yang menyebabkan keradangan pada otot atau salur darah juga termasuk dalam bidang ini.
"Gout pula ialah artritis keradangan yang penting, walaupun ia bukan penyakit autoimun," katanya.
Corak tersendiri setiap pesakit
Dr Anindita berkata, lupus, misalnya, lebih kerap bermula dalam kalangan wanita muda, terutama pada usia reproduktif.
Artritis reumatoid pula lebih lazim dalam kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada kedua-dua jantina dan pada pelbagai peringkat usia dewasa.
Spondiloartritis pula sering bermula pada usia dewasa muda. Dalam kalangan wanita, diagnosis kadangkala dibuat lebih lewat. Mereka yang mempunyai psoriasis juga perlu memberi perhatian jika mengalami sakit atau bengkak sendi yang berterusan, masalah tendon atau sakit belakang yang berpanjangan.
"Sejarah keluarga boleh meningkatkan tahap kecurigaan terhadap sesetengah penyakit, tetapi ramai pesakit tidak mempunyai ahli keluarga yang mengalami keadaan sama.
"Maka, usia muda atau penampilan yang sihat bukan jaminan seseorang bebas daripada penyakit keradangan, "katanya.
Beliau berkata, lebih banyak ujian bukan semestinya lebih banyak jawapan.
Apabila bimbang mengenai penyakit autoimun, ada yang beranggapan penyelesaiannya ialah melakukan sebanyak mungkin ujian darah.
Namun, katanya pendekatan itu tidak semestinya tepat.
Beliau berkata, ujian seperti ANA atau faktor reumatoid boleh memberikan keputusan positif walaupun seseorang tidak mempunyai penyakit autoimun.
Sebaliknya, pesakit yang benar-benar mengalami penyakit keradangan mungkin mempunyai keputusan antibodi negatif atau penanda keradangan yang normal.
"Jika terlalu banyak ujian dilakukan tanpa persoalan klinikal yang jelas, keputusan yang tidak normal secara kebetulan lebih mudah ditemui. Ini boleh mencetuskan keresahan dan pemeriksaan lanjut yang sebenarnya tidak diperlukan.
"Pendekatan yang lebih baik ialah bermula dengan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian yang disasarkan.
"Doktor perlu mengetahui bila gejala bermula, sendi yang terbabit, kewujudan bengkak, tempoh kekejangan pagi serta perkara yang membuatkan gejala bertambah baik atau bertambah teruk.
Petunjuk di luar sendi juga penting termasuk ruam, ulser mulut, mata merah atau kering, mulut kering, masalah usus, demam, perubahan berat badan, keguguran berulang atau sejarah darah beku, " katanya.
Dr Anindita berkata, kadangkala melalui konsultasi dan pemeriksaan fizikal sahaja, doktor sudah boleh menentukan sama ada masalah lebih menyerupai keradangan, keadaan mekanikal atau masalah lain sebelum ujian baharu dilakukan.
Jangan tunggu sehingga kerosakan berlaku
Kelewatan diagnosis boleh membawa kesan berbeza mengikut jenis penyakit.
Artritis keradangan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan dan menjejaskan pergerakan.
Penyakit seperti lupus atau vaskulitis pula boleh membabitkan buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, salur darah dan organ lain.
"Sesetengah keadaan keradangan juga boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular atau pembentukan darah beku.
"Ini bukan bermakna setiap sakit badan memerlukan janji temu segera dengan pakar. Namun, bengkak sendi yang berterusan, demam atau penurunan berat badan tanpa sebab jelas dan tanda penglibatan organ tidak wajar dibiarkan berlarutan," katanya.
Beliau berkata, rawatan moden masa kini telah mengubah pengurusan banyak penyakit autoimun.
Matlamat rawatan kini katanya, bukan sekadar mengurangkan kesakitan, tetapi mencapai remisi atau aktiviti penyakit yang rendah, mencegah kerosakan dan membolehkan pesakit meneruskan kehidupan seperti biasa.
INFO:
Matlamat rawatan bukan sekadar hilangkan sakit.
Rawatan penyakit autoimun bertujuan untuk;
- Mengawal keradangan.
- Mencegah kerosakan organ/sendi.
- Mengekalkan fungsi badan.
- Mengurangkan risiko komplikasi.
- Membolehkan pesakit bekerja, bersenam dan menjalani kehidupan seperti biasa.
- Membantu perancangan kehamilan apabila sesuai.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.