Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Luqman Hafidz, Ucop tolak tawaran lain demi fokus latihan PGL

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 13:14 MYTLatest activity 14 Oct, 13:14BMconfidence 60%

What happened

Luqman Hafidz, Ucop tolak tawaran lain demi fokus latihan PGL (Harian Metro, 13:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Luqman Hafidz, Ucop tolak tawaran lain demi fokus latihan PGL

By Syafil Syazwan Jefri · 14 Oct, 13:14 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Komitmen tinggi serta fokus penuh menjadi pertaruhan utama pelakon Luqman Hafidz dan Yusof Hashim atau Ucop demi memastikan pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL)The Musical berjalan lancar.

Bagi memberi tumpuan 100 peratus terhadap watak Sultan Melaka dan Gusti Adipati, kedua-dua pelakon ini bersedia mengorbankan rutin harian serta mengenepikan tawaran lakonan lain sepanjang tempoh latihan intensif selama dua bulan.

Luqman, 35, berkata disiplin tinggi amat diperlukan memandangkan rutin harian mereka kini berubah sepenuhnya demi menjayakan 16 hari pementasan kelak.

"Untuk menjayakan 16 hari pementasan, rutin harian memang kena bina dan persiapkan dari sekarang.

"Macam pendekatan saya, saya betulkan 'real life' saya dahulu. Bangun pagi apa kena buat dan susun rutin supaya badan tidak 'terkejut' apabila hari pementasan bermula.

"Pementasan kita dijalankan pada sebelah malam. Kalau dari awal tidak jaga rutin, tenaga itu kadang-kadang tidak sampai. Jadi memang kena kumpul tenaga dari awal," katanya.

Sementara itu, Ucop menjelaskan, pementasan kali ini memberikan ruang jarang ditemui oleh seorang pelakon iaitu fokus menyeluruh kepada satu projek tanpa perlu membahagikan masa dengan tawaran lain.

"Biasanya sebagai pelakon, kita akan terpaksa 'juggling' dengan beberapa pekerjaan dalam satu-satu masa. Tapi untuk PGL sepanjang dua bulan ini, kami rasa lebih senang untuk fokus sebab kami hanya ada satu projek utama.

"Kami berpeluang 'meneliti' setiap elemen seperti menari, menyanyi, dan berlakon. Kita kupas satu persatu sebab kita ada masa dan tidak perlu tergesa-gesa. Ini kualiti yang setiap pelakon mahukan," katanya.

Bukan itu sahaja, faktor kesihatan turut menjadi kebimbangan utama mereka memandangkan kedua-duanya tidak mempunyai pelakon pelapis (understudy).

"Kami berdua memang tiada 'second player' atau 'understudy'. Kerana itu kesihatan menjadi keutamaan paling tinggi. Jadual latihan kami bermula dari jam 2 petang hingga 10 malam, enam hari seminggu.

"Balik latihan memang terus tidur dan berehat, tiada istilah nak keluar lepak atau pergi mana-mana. Rehat yang cukup amat penting untuk menjaga kualiti suara dan stamina," katanya.

Pementasan PGL The Musical arahan Puan Sri Tiara Jacquelina di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) bakal bermula 31 Oktober hingga 15 November ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:00
Latest 14:02 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 13:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.