Malaysian Attention Engine
Live wire
48World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202738PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa37Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim36General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings36MVV 2.0 jadi pemangkin utama lonjak Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ma'nene tanda kasih keluarga

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 06:34 MYTLatest activity 11 Oct, 06:34BMconfidence 60%

What happened

Ma'nene tanda kasih keluarga (Harian Metro, 06:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Ma'nene tanda kasih keluarga

By Susunan Nor Syazrina Muhamad Tahir · 11 Oct, 06:34 MYT

syazrina@hmetro.com.my

Selepas kematian, jasad biasanya disemadikan dan menjadi kenangan yang hanya tinggal dalam ingatan keluarga.

Berbeza dengan masyarakat Toraja di Sulawesi Selatan, Indonesia yang mempunyai tradisi membuka semula makam untuk merawat, membersihkan dan memakaikan pakaian baharu kepada insan tersayang yang sudah meninggal dunia.

Memetik Detik, tradisi itu dikenali sebagai Ma'nene itu menyaksikan jasad dikeluarkan dari tempat pemakaman, dibersihkan dan dikeringkan sebelum pakaian atau kain yang membalutnya digantikan dengan yang baharu.

Lebih menarik, jasad berkenaan bukan sekadar dirawat, malah dalam tradisi masyarakat Toraja, hubungan dengan anggota keluarga yang sudah meninggal dunia terus dipelihara seolah-olah mereka masih menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarga.

Di Pangala', Toraja Utara, Sulawesi Selatan, ritual itu dilaksanakan keluarga pada Khamis, 27 Ogos baru-baru ini, dengan membuka semula kawasan pengebumian nenek moyang untuk merawat jasad anggota keluarga yang sudah meninggal dunia.

Jasad yang dikeluarkan dari makam dibersihkan dan dikeringkan sebelum keluarga menggantikan pakaian atau kain yang membalutnya sebelum diletakkan semula di tempat pemakaman.

Namun, Ma'nene bukan sekadar upacara membersihkan jasad atau menukar pakaian kerana tradisi itu turut menjadi kesempatan untuk keluarga berkumpul, mengenang insan yang sudah meninggal dunia dan menunjukkan ikatan yang terus dipelihara antara keluarga yang masih hidup dengan nenek moyang.

Portal come2indonesia pula melaporkan, bagi masyarakat Toraja, kematian tidak semestinya dianggap sebagai pengakhiran hubungan kekeluargaan kerana nenek moyang kekal menjadi sebahagian daripada kisah keluarga walaupun sudah bertahun-tahun meninggal dunia.

Ritual itu turut menjadi ruang untuk keluarga berkumpul semula, apabila mereka yang sudah meninggal dunia dilayan seolah-olah masih menjadi sebahagian daripada masyarakat yang hidup.

Masyarakat Toraja yang majoritinya beragama Kristian mengekalkan Ma'nene sebagai sebahagian daripada identiti budaya mereka, manakala tradisi itu berakar umbi dalam kepercayaan animisme.

Dalam laporan Tribune, seorang penduduk di kawasan pergunungan Toraja, Yosefina Tumanan meluahkan, kegembiraannya ketika berbicara dengan rangka jenazah kakak iparnya yang meninggal dunia enam tahun lalu sebelum berkata, "Awak nampak sangat cantik,!" Seolah-olah sedang bercakap dengan insan yang masih hidup.

Ma'nene yang sudah diamalkan sejak berabad-abad lalu turut menyaksikan keluarga mengunjungi makam nenek moyang, membersihkan jasad dan menggantikan barangan peribadi di dalam keranda.

Dalam tradisi masyarakat Toraja, jenazah juga sering diawetkan dan disimpan dalam keranda yang dihias sebelum berada di rumah keluarga selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun sehingga keluarga berkumpul dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengadakan upacara pengebumian besar-besaran.

Upacara pengebumian itu dikenali sebagai Rambu Solo yang membabitkan seluruh kampung, dengan kerbau dan khinzir dikorbankan sebelum si mati dihormati menerusi perarakan menuju ke tempat persemadian terakhir.

Perarakan itu pula digambarkan sebagai sesuatu yang penuh kekecohan namun menyentuh emosi ketika si mati dibawa menuju ke tempat persemadian terakhir.

Hubungan antara yang hidup dengan nenek moyang itulah yang menjadikan Ma'nene bukan sekadar ritual, sebaliknya ruang untuk keluarga kembali berkumpul, mengenang insan tersayang dan meneruskan penghormatan kepada generasi terdahulu.

Di Toraja, pelaksanaan Ma'nene tidak semestinya pada waktu yang sama kerana ia bergantung kepada persetujuan keluarga dan masyarakat setempat, manakala di Pangala', tradisi itu lazimnya dilakukan setiap tiga tahun.

Menurut orang tempatan juga, Ma'nene bukan festival awam dengan satu pentas, pintu masuk rasmi atau jadual harian yang tetap, sebaliknya ritual keluarga dan kampung yang pelaksanaannya bergantung kepada keluarga tempatan, persetujuan kampung, golongan tua, adat masyarakat dan dalam sesetengah kawasan, kalendar pertanian.

Bagi orang luar yang berpeluang menyaksikan tradisi itu, Ma'nene bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai persembahan kerana ritual berkenaan hanya boleh disaksikan dengan kebenaran masyarakat tempatan serta perlu dihormati mengikut peraturan dan adat setempat.

Mereka yang diberi kesempatan menyaksikan ritual itu juga perlu meminta kebenaran sebelum mengambil gambar atau video, menjaga jarak dengan anggota keluarga, tidak mengganggu waktu berdoa serta menerima hakikat bahawa sesetengah detik mungkin tidak terbuka kepada orang luar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:0008:00
Latest 08:26 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 06:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Ma'nene tanda kasih keluarga
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.