
Mad Rose berbakat menyanyi, tulis lagu ketuhanan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MINAT dalam bidang muzik telah tumbuh dalam diri Muhammad Rosbi, 23, seawal usia tujuh tahun. Kini, jejaka itu mula mengukir nama dalam bidang nyanyian serta sebagai komposer yang mencipta lagu-lagu nasyid kontemporari atau berunsurkan ketuhanan. (Kosmo!, 09:50)
Read the reporting
1 report
Mad Rose berbakat menyanyi, tulis lagu ketuhanan
MINAT dalam bidang muzik telah tumbuh dalam diri Muhammad Rosbi, 23, seawal usia tujuh tahun. Kini, jejaka itu mula mengukir nama dalam bidang nyanyian serta sebagai komposer yang mencipta lagu-lagu nasyid kontemporari atau berunsurkan ketuhanan.
Sehingga kini, Muhammad atau nama pentasnya, Mad Rose telah menghasilkan sekitar sembilan buah lagu dan karyanya itu bukan sahaja dimainkan di platform digital, malah di corong-corong radio.
Bercerita perjalanannya dalam bidang seni muzik, Mad Rose berkata, ia bermula apabila datuknya menghadiahkan kompang ketika berusia tujuh tahun, dan sejak itu minatnya mula tumbuh.
“Ketika di sekolah rendah, saya bermula dengan bermain alat muzik perkusi untuk kumpulan nasyid. Ketika sekolah menengah barulah saya berjinak-jinak sebagai penyanyi nasyid.
“Sejak itu, saya aktif mengikuti pertandingan nyanyian nasyid bagi mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri,” kata pelajar tahun akhir Bachelor Farmasi dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
MAD ROSE (tengah, dua dari kiri) merupakan pelajar tahun akhir di UKM.
Setelah menjejakkan kaki di menara gading, Mad Rose semakin serius mengembangkan ‘sayap’ dalam dunia muzik dengan bergelar penyanyi, komposer dan mempunyai band sendiri iaitu Aftermath.
“Di universiti, saya giat menjalani rakaman muzik dan aktif mengadakan persembahan nasyid untuk pelbagai majlis, kemudian saya dilamar untuk menyertai Kelab Vokalis Sukma UKM, sekali gus membuatkan perjalanan seni saya semakin berkembang.
“Kalau ada apa-apa majlis anjuran UKM seperti makan malam atau penganugerahan, saya akan dijemput untuk menyanyi mewakili Kelab Vokalis Sukma UKM,” ujarnya yang menerima anugerah Tokoh Kebudayaan di peringkat fakulti dan kolej kediaman, Kolej Tun Syed Nasir.
Bukan sahaja aktif dalam dunia muzik, anak bongsu daripada empat beradik itu juga tidak melepaskan peluang untuk menimba pengalaman dalam bidang-bidang yang lain termasuk aktiviti sukarelawan dan khidmat masyarakat.
“Saya pernah mengikuti beberapa program ‘home medication review’ iaitu memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar mengenai penggunaan ubat di rumah orang-orang tua dan bersama komuniti di pelbagai lokasi seperti di Raub, Pahang; Semenyih, Selangor serta Negeri Sembilan.
“Selain itu, saya pernah menjadi Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN 12.0), di mana kami mengadakan jualan amal dan dana diperoleh disumbangkan ke Sekolah Jalinan Kasih dekat Chow Kit,” tutur jejaka berasal dari Johor Bahru, Johor itu.
Tidak terhenti di situ, penerima anugerah dekan itu juga aktif dalam sukan renang dengan mewakili Fakulti Farmasi pada National Pharmacy Sports Carnival.
“Walaupun jadual seharian agak padat dengan kuliah dan pelbagai aktiviti lain, namun bagi saya, ia memberikan kepuasaan serta pengalaman berharga.
“Antara pengalaman yang tak dapat saya lupakan adalah apabila berpeluang menyanyi di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas untuk Konsert Diraja UKM pada Ogos lalu.
“Peluang ini tak ramai orang dapat, syukur saya diberikan rezeki untuk membuat persembahan di situ,” ujarnya.
The post Mad Rose berbakat menyanyi, tulis lagu ketuhanan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.