
MAIWP Kids An-Nahdah tanda aras pendidikan awal kanak-kanak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PUTRAJAYA – MAIWP Kids An-Nahdah Cawangan Putrajaya menjadi penanda aras utama kepada model pendidikan holistik tadika kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kini terus diperkukuh dengan pengoperasian lebih 77 buah Tadika Islam seluruh negara. (Kosmo!, 07:25)
Read the reporting
1 report
MAIWP Kids An-Nahdah tanda aras pendidikan awal kanak-kanak
PUTRAJAYA – MAIWP Kids An-Nahdah Cawangan Putrajaya menjadi penanda aras utama kepada model pendidikan holistik tadika kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kini terus diperkukuh dengan pengoperasian lebih 77 buah Tadika Islam seluruh negara.
Dalam konteks ini, MAIWP Kids An-Nahdah yang terletak di Presint 15 di sini bakal menjadi institusi pendidikan awal kanak-kanak serba lengkap dan moden, sekali gus menandakan aspek pemerkasaan tahap kualiti serta imej baharu tadika itu.
Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, pembangunan pendidikan awal di MAIWP Putrajaya dilaksana secara berfasa dan terancang dengan penjenamaan semula institusi ini daripada MAIWP Kids Presint 15 kepada MAIWP Kids An-Nahdah.
“Menerusi kecekapan tadbir urus dan kelancaran operasi, MAIWP Kids An-Nahdah kini diiktiraf sebagai benchmark atau tanda aras utama bagi model pendidikan holistik Tadika MAIWP Kids yang berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“Khusus bagi ekosistem perkhidmatan MAIWP Cawangan Putrajaya pula, pengoperasiannya dipacu menerusi lima buah Tadika Permata MAIWP dan dua buah tadika berkonsepkan MAIWP Kids yang ditempatkan secara berfokus mengikut demografi serta keperluan penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tadika MAIWP Kids An-Nahdah yang memulakan operasi dengan menempatkan empat buah bilik darjah serta berupaya menampung seramai 80 orang murid berumur 5 dan 6 tahun.
Katanya, MAIWP Kids An-Nahdah turut mengaplikasi pelbagai pendekatan dalam pembelajaran termasuk menyediakan ruangan selesa, penawaran guru berkualiti serta penggunaan pelbagai alat bantuan mengajar.
“Dalam aspek bantuan mengajar, kita menyediakan pelbagai alatan seperti ‘smartboard’ dan robotik bagi mendedahkan kanak-kanak kepada teknologi yang mana ia mungkin tiada di tempat lain,” jelasnya.
Syed Kamarulzaman berkata, melalui konsep penjimatan dan kecekapan agihan dana zakat, MAIWP berupaya menawarkan struktur yuran lebih berpatutan iaitu RM50 untuk sesi pagi dan RM250 untuk sesi petang kepada perkhidmatan itu.
“Struktur harga inklusif ini disediakan tanpa membelakangkan misi utama melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya.
Jelasnya lagi, menerusi langkah penambahbaikan berterusan, MAIWP Cawangan Putrajaya menerima Perakuan Pendaftaran Kekal daripada Kementerian Pendidikan bagi tempoh 3 Ogos 2026 hingga 3 Ogos 2031.
“Pengiktirafan rasmi ini adalah bukti keabsahan, kualiti tinggi, dan kecekapan tatakelola pengurusan pendidikan awal MAIWP,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post MAIWP Kids An-Nahdah tanda aras pendidikan awal kanak-kanak appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!07:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.