
Maklum balas AS untuk tamat perang tidak memenuhi tuntutan – Iran
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Maklum balas AS untuk tamat perang tidak memenuhi tuntutan – Iran
TEHERAN: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei berkata, Amerika Syarikat (AS) telah menerima sebahagian daripada tujuh syarat yang dikemukakan Iran bagi menamatkan konflik itu.
Namun, Teheran menganggap keseluruhan maklum balas Washington sebagai tidak memenuhi tuntutan Iran.
Rezaei membuat kenyataan itu menerusi hantaran di platform X pada lewat Ahad sambil menegaskan bahawa hubungan kedua-dua negara tidak akan kembali kepada keadaan seperti sebelum ini.
Rezaei berkata, AS bersetuju dengan sebahagian daripada tujuh syarat Iran tetapi beliau tidak menyatakan secara terperinci syarat yang dipersetujui dalam hantaran awamnya.
Beliau menuduh Washington gagal membuka semula Selat Hormuz dan menggunakan kaedah yang disifatkannya sebagai penyeludupan untuk mengangkut minyak melalui laluan perairan itu.
“Selepas armada AS gagal membuka semula Selat Hormuz, kini mereka beralih kepada penyeludupan,” tulis Rezaei dan menambah bahawa tentera Amerika tidak pernah jatuh ke tahap yang begitu memalukan.
Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Iran mengemukakan cadangan tujuh syarat yang merangkumi tawaran untuk membuka semula Selat Hormuz dan memulihkan pergerakan maritim seperti biasa dalam tempoh tujuh hari sekiranya Washington memenuhi tuntutannya.
Cadangan itu dikemukakan sebagai langkah untuk meredakan konflik yang bermula pada 28 Februari apabila AS bersama Israel menyerang Teheran selepas rundingan antara Washington dengan Iran berhubung isu nuklear menemui kegagalan.
Ia juga dikemukakan bagi memulihkan pergerakan kapal seperti biasa melalui laluan strategik yang menjadi titik sempit itu.
Selat itu terjejas teruk akibat perang itu dan serangan berulang terhadap kapal tangki minyak.
Menurut kenyataan Rezaei, AS menyampaikan maklum balas terhadap cadangan Iran menerusi perantara Qatar.
Walaupun AS dilaporkan menerima sebahagian tuntutan Iran, Teheran menyifatkan maklum balas itu sebagai tidak memadai, menunjukkan masih terdapat jurang ketara antara kedua-dua pihak berhubung syarat bagi sebarang kemungkinan perjanjian. – AGENSI
The post Maklum balas AS untuk tamat perang tidak memenuhi tuntutan – Iran appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.