Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan5227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti51Politics : N. Sembilan Crisis Will Not Derail BN's Melaka Polls Preparations - Tok Mat45Abbe Hae didakwa ditahan polis44General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance44World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations43[TERKINI] Demonstrasi Perancis: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting - Wisma Putra43Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang34Op Samseng Jalanan: JSPT KL sita 60 motosikal34NVIDIA Denies RTX 5090 Discontinuation Rumors, Admits Supply Is Tight
NewConfirmedupdated 2 h ago

Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 12:30 MYTLatest activity 18 Oct, 12:30BMconfidence 80%

What happened

Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor (Google News Malaysia (BM), 12:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 18 Oct, 12:30 MYT

KUALA LUMPUR: “Saya teruja sebab ramai yang hadir walaupun jerebu. Tak tahu nak kata apa, itu cerita lain.”

Demikian seloroh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor di konsert Jaclyn Victor Gemilang Bersama MPO malam tadi.

Kira-kira 900 pengungjung hadir untuk menyaksikan kelunakan dan kekuatan vokal penyanyi itu mempersembahkan lebih 19 buah lagu secara solo diiringi Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO).

Penyanyi yang mesra disapa Jac itu membuka pentas dengan mendendangkan lagu This Is Me, dipopularkan Keala Settle yang menjadi runut bunyi bagi filem The Greatest Showman.

Untuk persembahan ini, kelihatannya Jaclyn sekadar melantunkan vokal dan menyampaikan teknikal suara dengan jayanya namun kurang dari segi penghayatan.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepadanya kerana berjaya menyuntik kelainan dalam penyampaian lagu ciptaan Benj Pasek dan Justin Paul.

Jaclyn membawa penonton kembali ke tahun 2004, sewaktu dia berentap dalam Malaysian Idol sambil membawakan lagu Tunggu Sekejap ciptaan dan nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Saya masih ingat ketika diberi cabaran membawakan lagu ini sewaktu minggu P. Ramlee,” katanya yang menghidupkan lagu berkenaan tanpa berlebih-lebih dalam menyampaikannya.

Anak pasangan suami isteri, Joshua Thanaraj Victor dan Maggie Victor ini sekali lagi membawa penonton mengimbau zaman remajanya yang ketika itu cukup meminati lagu Superwoman nyanyian Karyn White.

Jaclyn menghadiah persembahan istimewa, selesa menyanyikan lagu berkenaan dengan penyampaian yang cukup kemas dan bersahaja.

“Saya berusia 15 tahun ketika lagu ini popular, ia merupakan antara lagu yang paling saya gemari dan sering saya nyanyikan dulu,” ceritanya ringkas.

Persembahan diteruskan dengan lagu yang ditulis Irving Berlin dan dipopularkan Fred Astaire, cheek to cheek dan Lady And The Tramp.

Dia menyahut cabaran konduktor konsert tersebut, Ahmad Muris Che Rose yang ingin mendengarkan lagu berbahasa Itali, O mio babbino caro diiringi muzik orkestra. Ternyata, Jaclyn tidak menghampakan.

Sekali lagi dia dicabar membawakan lagu Beribu Sesalan, yang dinyanyikan bersama Ning Baizura dan Shila Amzah namun dalam konsert semalam, dinyanyikan secara solo. Dia membuktikan kemampuannya.

Penyanyi berusia 47 tahun itu memberikan kejutan dengan menyampaikan lagu Tiada Lagi Indah hasil ciptaan Ajai, sebuah lagu yang jarang diperdengarkan secara live. Dia bergelut untuk mendapatkan tune di awal lagu namun cemerlang di pengakhirannya.

Antara momen yang ‘menangkap’ adalah dedikasi kepada penyanyi-penyanyi hebat seperti Aretha Franklin, Whitney Housten, Mariah Carey, Celine Dion dan Beyonce.

Isteri Calvin T. Samuel itu menyerikan konsert malam semalam dengan lagu-lagu popular penyanyi-penyanyi tersebut seperti Listen, Hero, Natural Women, When You Believe dan I surrender.

Jaclyn sekali lagi mencabar dirinya membawakan lagu Mandarin, Chong Bai yang dipopularkan Fish Leong. Kelihatan audiens berketurunan Cina bertepuk tangan, bangga setelah Jaclyn menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Ibu kepada dua cahaya mata itu dalam masa yang sama itu mempersembahkan lagu Defying Graviti, sebuah runut bunyi filem Wicked yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Jaclyn menutup konsert dengan lagu Gemilang yang memperkenalkannya dalam industri seni, kemudian mengakhiri persembahan dengan dua lagu impromtu iaitu When I Fall In Love dipopularkan Nat King Cole dan Di Bawah Pohon Asmara.- UTUSAN

The post Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow13:00
Latest 13:39 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
18 Oct, 12:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    12:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.