Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Malaysia dianggar tanggung kerugian RM1 bilion sebulan akibat jerebu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 17:07 MYTLatest activity 15 Oct, 17:07BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Jerebu bukan sekadar menyelubungi ruang udara dan menjejaskan kualiti persekitaran, malah berpotensi mengakibatkan Malaysia kehilangan sehingga RM1 bilion nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebulan akibat pengurangan aktiviti luar dan kelemahan sentimen pengguna. (Berita Harian, 17:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Malaysia dianggar tanggung kerugian RM1 bilion sebulan akibat jerebu

By Alzahrin Alias · 15 Oct, 17:07 MYT

KUALA LUMPUR: Jerebu bukan sekadar menyelubungi ruang udara dan menjejaskan kualiti persekitaran, malah berpotensi mengakibatkan Malaysia kehilangan sehingga RM1 bilion nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebulan akibat pengurangan aktiviti luar dan kelemahan sentimen pengguna.

Ketua Ekonomi MARC Ratings Bhd, Prof Adjung Dr Ray Choy, berkata anggaran kerugian itu mencerminkan gangguan persekitaran boleh memberikan kesan langsung kepada kegiatan ekonomi, sekali gus menambah cabaran kepada Malaysia yang perlu memperkukuh kedudukan fiskal dan memastikan pertumbuhan negara kekal berdaya tahan dalam persekitaran global tidak menentu.

"Kesan jerebu terhadap aktiviti ekonomi perlu diberikan perhatian kerana gangguan sedemikian boleh menjejaskan pertumbuhan negara, walaupun tidak semestinya muncul dalam bentuk perbelanjaan kerajaan secara langsung.

"ASEAN dijangka terus menyokong usaha pengurusan jerebu rentas sempadan, dengan Malaysia turut memainkan peranan dalam menangani isu berkenaan bersama Singapura menerusi kerjasama serantau.

"Usaha menangani jerebu memerlukan kerjasama berterusan kerana kesannya merentasi sempadan negara, sekali gus menuntut tindakan yang tidak terhad kepada langkah domestik semata-mata," katanya ketika menjadi panel Webinar 'MARC360: Decoding Budget 2027 – The Economy and What Comes Next' hari ini.

Panel lain adalah Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi (FED) Kementerian Kewangan, Rozita Abd Matalib dan Penasihat Kanan Polisi Cukai KPMG Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh dengan Naib Presiden Strategi dan Panduan Kredit Kumpulan Moody's Ratings, Deborah Tan sebagai moderator.

Choy berkata, pada masa sama, Malaysia perlu memperkukuh benteng fiskal melalui penyasaran subsidi bahan api, peluasan asas percukaian dan peningkatan kecekapan perbelanjaan awam bagi memastikan kerajaan mempunyai ruang mencukupi untuk menghadapi kejutan ekonomi.

Beliau berkata, penyasaran subsidi bahan api boleh menjadi antara langkah penting untuk membantu mengawal perbelanjaan kerajaan dan memperkukuh kedudukan fiskal negara.

Katanya, tekanan perbelanjaan berkaitan subsidi bahan api berpotensi berubah mengikut keadaan semasa dan boleh kembali normal sekiranya faktor yang mendorong peningkatan subsidi berkurangan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mengambil kira kemungkinan senario lebih buruk, termasuk krisis geopolitik berpanjangan yang boleh menyebabkan keperluan subsidi kekal tinggi.

Tegasnya, kerajaan juga sedang meneliti langkah untuk menjadikan subsidi bahan api lebih bersasar bagi membantu mengawal kedudukan fiskal secara keseluruhan dengan pada masa sama, agensi penarafan dijangka terus memberikan perhatian kepada keperluan memperluas asas percukaian dan meningkatkan fleksibiliti fiskal negara.

"Perbelanjaan mengurus yang dianggarkan merangkumi kira-kira 82 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperbaiki struktur perbelanjaan awam.

"Nisbah itu penting kerana komitmen perbelanjaan mengurus yang tinggi boleh mengehadkan keupayaan kerajaan menyusun semula peruntukan apabila timbul keperluan baharu, khususnya ketika ekonomi berdepan tekanan luar jangka.

"Oleh itu, usaha memperkukuh hasil negara dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan perlu bergerak seiring supaya pengurusan defisit tidak menjejaskan keupayaan kerajaan bertindak ketika berlaku krisis," katanya.

Mengulas lanjut, Choy berkata, di sebalik tumpuan terhadap ekonomi digital yang menjadi antara tarikan utama pelaburan global, Malaysia juga perlu memastikan sektor ekonomi lain terus memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan negara.

Beliau berkata, sektor ekonomi primer yang merangkumi pertanian, perlombongan, kuari serta minyak dan gas secara kolektif menyumbang kira-kira 16 peratus daripada KDNK nominal berdasarkan data suku kedua 2026.

Katanya, pertumbuhan sektor itu turut menunjukkan peningkatan dalam tempoh selepas pandemik berbanding tempoh sebelumnya, mencerminkan perubahan yang berlaku dalam rantaian bekalan global.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:03 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 17:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.