Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate50Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi50World : S. Korea To Partially Withdraw Diplomatic Staff From Ukraine Amid Airstrike Threat, Diplomatic Dispute47Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar46RUU Statistik perkasa integrasi data negara46Beri alasan ada urusan bank, janda ditahan khalwat dengan lelaki bukan Islam di hotel45Affin Diventium diiktiraf Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 202643PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini42Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom42General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations41Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Malaysia, Indonesia sepakat perluas kerjasama keselamatan dalam talian kanak-kanak - Fahmi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 15:22 MYTLatest activity 20 Oct, 15:22BMconfidence 60%

What happened

BALI: Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan kerjasama antara agensi di peringkat pelaksanaan bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan usaha turut dirancang untuk melibatkan Singapura dalam kerjasama itu. (Berita Harian, 15:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Malaysia, Indonesia sepakat perluas kerjasama keselamatan dalam talian kanak-kanak - Fahmi

By BERNAMA · 20 Oct, 15:22 MYT

BALI: Malaysia dan Indonesia bersetuju mewujudkan kerjasama antara agensi di peringkat pelaksanaan bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan usaha turut dirancang untuk melibatkan Singapura dalam kerjasama itu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata isu keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak adalah perkara penting yang memerlukan perhatian bersama negara-negara di rantau ini.

"Kita berusaha mengadakan pertemuan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Singapura, insya-Allah pada Disember ini sekiranya kelapangan (waktu) mengizinkan," katanya kepada BERNAMA selepas pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Meutya Hafid, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun negara-negara ASEAN mempunyai undang-undang dan pendekatan pelaksanaan yang berbeza, usaha yang dimulakan Malaysia, Indonesia dan Singapura berpotensi menggalakkan penyertaan negara-negara lain di rantau ini.

"Kita bukan sekadar mempunyai dasar yang seiring, tetapi juga mungkin beberapa mekanisme yang hampir serupa, walaupun tidak semestinya sama sepenuhnya," jelasnya.

Fahmi turut menyambut baik hasrat Meutya untuk mempererat kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia.

"Pengalaman MCMC dalam mengendalikan aduan orang ramai berkaitan media sosial juga boleh dimanfaatkan pihak berkuasa Indonesia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan Singapura, Josephine Teo, berkata beliau sempat bertukar pandangan dengan Fahmi mengenai perkembangan sektor telekomunikasi di negara masing-masing ketika mereka bertemu secara kebetulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, semalam.

Pertemuan itu ketika Fahmi baru tiba di Bali atas jemputan menyampaikan ucaptama pada Bali Tech Week 2026, manakala Teo sedang menunggu penerbangan pulang ke Singapura selepas menghadiri program berkenaan.

Dalam hantaran di media sosial rasminya, Teo berkata, ini termasuk komunikasi selamat kuantum (quantum safe communications) serta keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak dan golongan muda.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk menerima kunjungan Fahmi ke Singapura dalam masa terdekat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:00
Latest 16:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 15:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.