
Malaysia kemuka pendirian lebih signifikan berhubung jerebu di Mesyuarat COP
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan pendirian lebih signifikan berhubung jerebu merentas sempadan pada Mesyuarat Ke-21 Jawatankuasa dan Persidangan Negara-Negara Pihak (COP) kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP), di Vietnam, Disember ini. (Berita Harian, 16:22)
Read the reporting
1 report
Malaysia kemuka pendirian lebih signifikan berhubung jerebu di Mesyuarat COP
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan pendirian lebih signifikan berhubung jerebu merentas sempadan pada Mesyuarat Ke-21 Jawatankuasa dan Persidangan Negara-Negara Pihak (COP) kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP), di Vietnam, Disember ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, Malaysia juga akan meneruskan rundingan berhubung cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan yang diketengahkan sebelum ini.
"Malaysia menggunakan mekanisme ASEAN dan hubungan dua hala secara aktif bagi memastikan tindakan pencegahan serta pemadaman kebakaran di punca dapat dilaksanakan dengan segera," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen, hari ini.
Beliau menjawab soalan V Ganabatirau (PH-Klang) yang meminta menyatakan susulan jerebu semasa, apakah tindakan Kerajaan melindungi kesihatan rakyat khususnya kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik serta apakah kerjasama dengan Indonesia dan ASEAN, pemantauan titik panas dan pelan kecemasan sekiranya keadaan bertambah buruk.
Menyentuh berhubung pelan kecemasan sekiranya keadaan bertambah buruk, Arthur berkata, kerajaan sentiasa melaksanakan tindakan bersepadu selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) termasuk pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan terjejas.
"Daripada OPA yang dilaksanakan setakat ini, kira-kira 90 peratus berjaya menghasilkan hujan dan dan langkah ini akan diteruskan sebagai tindakan segera bagi mengurangkan impak jerebu serta mencegah keadaan daripada menjadi semakin buruk," katanya.
Tambahnya, negara akan memasuki fasa peralihan monsun bermula pada 9 Oktober lalu hingga penghujung Oktober ini.
"Dalam fasa ini, negara dijangka menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah.
"Dengan berakhirnya Monsun Barat Daya, risiko jerebu merentas sempadan dijangka beransur-ansur berkurangan susulan perubahan arah pergerakan angin meskipun kebakaran masih berlaku di negara jiran," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.