Malaysian Attention Engine
Live wire
50Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42World : 19 Countries Condemn Colombia's Opening Of Embassy In Jerusalem39Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35El Nino: Nelayan pantai antara terkesan35PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda34Business : Selangor Aims To Become National, ASEAN Care Industry Hub By 203034Dia ajar saya cara menangis – Aila Azizul puji sikap profesional Zul Ariffin34Two Singapore-listed palm oil firms named in Greenpeace report on Indonesian plantation fires33World : Singapore, Malaysia, Indonesia Conduct Trilateral Oil Spill Exercise33Haze: Schools must close, public gatherings cancelled if API exceeds 200, says Health Ministry33Man United, Tottenham terdesak menang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Malaysia perkukuh dasar, daya tahan ekonomi untuk tarik pelaburan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 20:25 MYTLatest activity 16 Oct, 20:25BMconfidence 60%

What happened

BANGKOK: Malaysia sedang memperkukuh persekitaran perniagaan, kepastian dasar dan daya tahan ekonomi bagi menarik pelaburan jangka panjang, dengan jumlah pelaburan langsung asing dan domestik mencatat paras tertinggi, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. (Berita Harian, 20:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Malaysia perkukuh dasar, daya tahan ekonomi untuk tarik pelaburan

By BERNAMA · 16 Oct, 20:25 MYT

BANGKOK: Malaysia sedang memperkukuh persekitaran perniagaan, kepastian dasar dan daya tahan ekonomi bagi menarik pelaburan jangka panjang, dengan jumlah pelaburan langsung asing dan domestik mencatat paras tertinggi, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurutnya, kerajaan juga mengukuhkan asas ekonomi negara menerusi peraturan yang jelas, dasar mesra perniagaan dan pembaharuan bagi memberikan lebih banyak kepastian kepada pelabur ketika menjalankan operasi di Malaysia.

"Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus selama dua tahun berturut-turut dan pada masa sama mengekalkan inflasi yang stabil walaupun ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat.

"Daya tahan merupakan kekuatan Malaysia," katanya ketika berucap pada program Bloomberg Global Policy Series: ASEAN Growth Markets Spotlight - Competing and Connecting for Global Capital di sini pada Jumaat.

Amir Hamzah berkata, Malaysia turut memfokuskan kepada usaha untuk meningkatkan kedudukan ekonominya dalam rantaian nilai dengan memperkukuh industri utama termasuk semikonduktor serta mengukuhkan rantaian bekalan domestik bagi mewujudkan pekerjaan bernilai tambah tinggi dan meningkatkan daya saing negara dalam perdagangan global.

"Kami berhasrat memperluas rantaian bekalan dan memperkukuh ekosistem," katanya sambil memaklumkan ekosistem perindustrian yang teguh akan membangunkan bakat tempatan, meningkatkan kebolehpercayaan rantaian bekalan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam perdagangan global.

Amir Hamzah berkata, kerajaan turut berusaha memperluas peranan pasaran swasta dalam pembentukan modal, sekali gus membolehkan pelabur mangkin dan modal teroka menyokong perniagaan serta memperkukuh kumpulkan syarikat yang berpotensi untuk disenaraikan di pasaran saham.

Menurutnya, asas modal domestik Malaysia menyediakan landasan kukuh untuk pertumbuhan manakala penambahbaikan tadbir urus korporat dan penciptaan nilai akan membantu meningkatkan daya tarikan pasaran modal negara kepada pelabur antarabangsa.

Amir Hamzah turut menekankan kepentingan integrasi ASEAN termasuk hubungan yang lebih erat antara pasaran modal, sistem pembayaran rentas sempadan yang lebih cekap dan pembangunan Grid Tenaga ASEAN untuk membuka peluang pelaburan serta memperkukuh rantaian bekalan serantau.

Menurutnya, Malaysia akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, kepelbagaian ekonomi dan pelaksanaan dasar secara konsisten bagi menyokong pertumbuhan mampan serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat secara lebih meluas.

"Apa-apa jua kejelasan yang telah kita berikan, kita telah melaksanakannya selaras dengan pendirian itu. Tiada kejutan," katanya sambil menegaskan bahawa konsistensi dasar dan persekitaran perniagaan yang menyokong kekal menjadi teras kepada daya tarikan pelaburan Malaysia.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow21:00
Latest 21:08 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 20:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.