
Malaysia wajar kekal kepelbagaian teknologi 5G elak risiko kebergantungan – Pakar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Keputusan Malaysia mengekalkan kepelbagaian teknologi menerusi model dua rangkaian 5G berupaya memberi kelebihan 'autonomi strategik' kepada negara, sekali gus mengelak daripada terperangkap dalam persaingan geopolitik kuasa besar dunia. (Berita Harian, 04:20)
Read the reporting
1 report
Malaysia wajar kekal kepelbagaian teknologi 5G elak risiko kebergantungan – Pakar
PETALING JAYA: Keputusan Malaysia mengekalkan kepelbagaian teknologi menerusi model dua rangkaian 5G berupaya memberi kelebihan 'autonomi strategik' kepada negara, sekali gus mengelak daripada terperangkap dalam persaingan geopolitik kuasa besar dunia.
Penyelidik PhD dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS) Singapura, Jamil Ghani menjelaskan bahawa kelebihan sebenar negara kini terletak pada kebebasan untuk memilih teknologi tanpa perlu memihak kepada mana-mana blok antarabangsa.
Pandangan berkenaan turut selari dengan dapatan laporan analisis daripada firma penyelidikan pasaran, Frost & Sullivan.
Menurut Jamil, kepelbagaian pilihan teknologi membolehkan sektor industri dan syarikat multinasional (MNC) memilih penyelesaian yang menepati dasar perolehan, piawaian keselamatan siber, serta keperluan pengurusan data masing-masing.
"Tindakan mengekalkan pilihan teknologi yang berbeza mempunyai nilai strategik yang tinggi. Namun begitu, pendekatan ini tidak sepatutnya dinilai dari sudut persaingan blok Timur dan Barat semata-mata," katanya.
Lindungi sektor perniagaan daripada risiko luar
Beliau menambah, pendekatan berprinsip ini penting untuk memberi kepastian operasi kepada perniagaan, terutamanya dalam menilai risiko luar seperti sekatan ekonomi, kawalan eksport, atau potensi gangguan rantaian bekalan pada masa depan.
"Definisi kepercayaan pada hari ini merujuk kepada kepastian dan kebebasan untuk memilih. Ertinya, wujud keyakinan bahawa sebarang ketegangan geopolitik di luar sana tidak akan secara tiba-tiba mengganggu operasi atau menimbulkan kemelut pematuhan undang-undang di Malaysia," jelasnya.
Saat ini, Malaysia mengguna pakai dua rangkaian 5G yang dipacu pembekal berbeza iaitu Digital Nasional Berhad (DNB) yang memanfaatkan teknologi Ericsson, manakala rangkaian 5G kedua kendalian U Mobile dijana oleh Huawei serta ZTE.
Mengulas mengenai struktur dwi-rangkaian itu, Jamil menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa penggunaan teknologi berbeza bakal memicu pertindihan infrastruktur yang membazir.
Beliau memperincikan bahawa perbezaan teknologi hanya tertumpu pada komponen teras rangkaian seperti sistem radio, rangkaian teras, pengurusan perisian, keselamatan, dan penyelenggaraan.
Sebaliknya, infrastruktur fizikal seperti menara telekomunikasi, laluan kabel, dan gentian optik kekal dikongsi bersama antara pengendali.
"Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan pengguna mendapat pilihan teknologi yang tulen, bukannya membina infrastruktur bertindih tanpa hala tuju yang jelas," katanya.
Tumpuan beralih ke fasa industri, perniagaan
Isu kebolehpercayaan dan autonomi ini menjadi semakin kritikal apabila fasa pembangunan 5G Malaysia kini mula beralih daripada sekadar perluasan liputan asas kepada pemanfaatan teknologi secara menyeluruh dalam sektor industri, seperti kilang pemprosesan, pelabuhan, hospital, dan prasarana kritikal.
Peralihan ini berlaku seiring pelaksanaan fasa baharu DNB yang disokong pembiayaan bernilai RM5.2 bilion serta peruntukan spektrum baharu sejak 1 Oktober lalu.
Selepas melepasi sasaran liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk pada Julai, DNB mengaktifkan spektrum baharu 3.3–3.4 GHz ('F-Zero') bagi menggandakan kapasiti rangkaian untuk menyokong ekosistem 5G-Advanced dan aplikasi kecerdasan buatan (AI).
Pada masa sama, perkembangan rangkaian 5G kedua bawah U Mobile turut menunjukkan peningkatan positif apabila berjaya mencapai 90 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 7 Oktober.
Definisi 'kepercayaan' lebih luas daripada keselamatan siber
Walaupun Malaysia sudah mempunyai prasarana asas yang mantap untuk aplikasi peringkat lanjutan seperti network slicing dan rangkaian 5G persendirian, Jamil menegaskan kejayaan fasa baharu ini menuntut tahap kebolehpercayaan yang jauh mengatasi perlindungan ancaman siber semata-mata.
"Keselamatan siber adalah elemen penting, tetapi konsep 'kepercayaan' perlu meliputi aspek yang lebih luas seperti jaminan rantaian bekalan, kebergantungan pembekal teknologi, dan kesinambungan perisian.
"Pada masa sama, kebolehpercayaan ini menuntut tadbir urus data yang mantap serta ketahanan perkhidmatan sewaktu berdepan gangguan geopolitik atau serangan siber berskala besar," katanya.
Tujuan utamanya, kata beliau, adalah untuk meletakkan 5G sebagai infrastruktur ekonomi yang diyakini sepenuhnya, bukan sekadar medium penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan tinggi.
Amaran terhadap kebergantungan ekosistem sama
Meskipun kewujudan dua rangkaian bebas berupaya merangsang persaingan sihat dan meningkatkan daya tahan sektor telekomunikasi, Jamil menitipkan peringatan bahawa manfaat strategik ini boleh terhakis jika kedua-dua rangkaian mula bergantung secara keterlaluan kepada ekosistem pembekal yang sama.
"Seandainya kedua-dua rangkaian terlalu bergantung kepada ekosistem pembekal yang serupa, Malaysia berisiko terdedah kepada ancaman kerentanan keselamatan perisian, gangguan bekalan, atau kesan sekatan eksport," katanya.
Justeru, beliau berharap Malaysia terus mempertahankan kepelbagaian teknologi pada komponen kritikal rangkaian di samping memastikan sistem berbeza dapat beroperasi secara harmoni tanpa membebankan kos secara tidak saksama.
"Bagi saya, inilah penamaan sebenar autonomi strategik iaitu memastikan Malaysia sentiasa mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju dan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian04:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.