Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Golden Tigers terima durian runtuh RM160,00044Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37King Sultan Ibrahim conferred Jordan's highest civilian honour37Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron36Muzik menyatukan kita - Nidji36Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok35Sport : Golden Tigers Net RM160,000 Windfall For Asian Games Triumph34Trump administration plans to move AI testing agency officials to White House, The Information reports
NewConfirmedupdated 1 h ago

Mangsa keldai akaun rayu siasatan kes diselaras

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
12
0 vs 2 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 08:16 MYTLatest activity 13 Oct, 08:28BMconfidence 80%

What happened

Mangsa keldai akaun rayu siasatan kes diselaras (Harian Metro, 08:16)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Terdesak pinjam wang tapi dijerat jadi mangsa 'keldai akaun', PDRM dirayu selaras siasatan, kesan dalang sebenar

By Noor Hidayah Tanzizi · 13 Oct, 08:28 MYT

KUALA LUMPUR: "Saya hampir hilang pertimbangan akibat terlalu tertekan kerana menjadi mangsa 'keldai akaun'. Niat saya hanya mahu membantu keluarga, namun tidak menyangka ia berakhir seperti ini pula."

Demikian luahan kerani syarikat swasta, Mohd Izzuddin Juppri, 38, yang mendakwa menjadi mangsa 'keldai akaun' selepas terdesak membuat pinjaman wang RM10,000 untuk menampung kos rawatan ibu dan kakaknya yang didiagnosis menghidap kanser payudara pada Februari 2020.

Mohd Izzuddin mendakwa sebagai syarat jaminan pinjaman itu, beliau dikehendaki menyerahkan kad bank miliknya.

Beliau mendakwa masih tiada menerima wang itu selepas sebulan lalu mengambil keputusan menyekat akaun banknya, namun mendapati ada lima transaksi mencurigakan.

"Empat transaksi membabitkan penipuan pinjaman wang berlesen dan satu lagi jual beli kereta.

"Setakat ini, tiga kes sudah selesai dan dua kes 'pending' (dalam proses tindakan pihak berkuasa). Akaun saya itu disekat pihak berkuasa dan saya tidak boleh membuat akaun baharu.

"Saya berharap baki kes itu segera selesai dan kalau boleh siasatan kes diselaraskan. Saya berharap boleh membuka akaun baharu selepas ini," katanya sambil memaklumkan kakaknya sudah meninggal dunia pada Mac lalu.

Mohd Izzuddin berkata demikian pada sidang media bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang menyerahkan permohonan mangsa 'keldai akaun' supaya siasatan kes disatukan dan disiasat secara menyeluruh, kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, di Bukit Aman di sini, semalam.

Sementara itu seorang lagi mangsa hanya mahu dikenali sebagai Amy, 43, mendakwa turut terjerat selepas membuat pinjaman RM5,000 tahun lalu bagi meringankan beban suami kerana desakan hidup di ibu kota.

Bagaimanapun, beliau berkata, niat baik itu bertukar mimpi ngeri apabila kad bank diserahkannya itu digunakan sebagai 'keldai akaun' sehingga diri disabitkan dengan lima kes dan pernah ditahan dalam lokap di Perak, malah menyebabkannya mengalami serangan panik.

"Saya mempunyai empat kes di Perak, Pahang, Negeri Sembilan serta Kuala Lumpur dan sekarang satu lagi di Batu Pahat, Johor.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang untuk ke mahkamah dan perlu ke balai polis di tempat berbeza.

"Perkara ini membuatkan hidup saya berubah, termasuk hubungan dengan suami apabila kami kerap bergaduh. Oleh itu, saya sangat berharap pihak berkuasa dapat membantu kami," katanya.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya membawa suara 24 mangsa 'keldai akaun' didakwa terperdaya dan dieksploitasi sehingga akaun bank digunakan untuk transaksi dikaitkan dengan penipuan dan jenayah komersial.

Beliau berkata, mereka merayu kepada Ketua Polis Negara supaya kes-kes yang ada kaitan dapat diteliti secara menyeluruh serta diselaras demi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"MHO berharap penelitian menyeluruh dan bersepadu dapat dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan antara laporan-laporan polis, mengelak pertindihan siasatan, serta membantu pihak berkuasa mengesan dalang sebenar di sebalik penipuan berkenaan.

"Kami mahu tindakan tegas terhadap 'scammer' sebenar, manakala individu yang mungkin diperdaya atau dieksploitasi tidak seharusnya terus menanggung kesan berat tanpa penilaian yang adil terhadap fakta, pengetahuan dan pembabitan sebenar mereka," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47first news pick-upNEWnow09:00
Latest 09:29 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 08:16 MYT
Origin confidence 90% · 12 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.