Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MARA Career Crafting 2026 tawar lebih 2,000 peluang kerjaya di Pantai Timur

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:40 MYTLatest activity 19 Oct, 16:40BMconfidence 60%

What happened

KEMAMAN: Pameran kerjaya dan sesi temu duga terbuka MARA Career Crafting – East Coast Chapter 2026 merekodkan seramai 604 calon dberjaya dalam sesi temu duga, manakala 371 calon dipilih untuk meneruskan ke peringkat temu duga kedua. (Berita Harian, 16:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

MARA Career Crafting 2026 tawar lebih 2,000 peluang kerjaya di Pantai Timur

By Wartawan BH · 19 Oct, 16:40 MYT

KEMAMAN: Pameran kerjaya dan sesi temu duga terbuka MARA Career Crafting – East Coast Chapter 2026 merekodkan seramai 604 calon dberjaya dalam sesi temu duga, manakala 371 calon dipilih untuk meneruskan ke peringkat temu duga kedua.

Program dua hari berakhir semalam di Dewan Seri Perdana, TVETMARA Kemaman, anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu mengetengahkan lebih 2,000 kekosongan jawatan, sekali gus membuka peluang kepada graduan dan pencari kerja di Pantai Timur untuk berhubung secara langsung dengan pihak industri.

Sepanjang dua hari penganjuran, program itu merekodkan kehadiran seramai 2,273 orang, terdiri daripada 1,281 pencari kerja dan 992 pelawat, dengan penyertaan 34 syarikat daripada pelbagai sektor, khususnya industri minyak dan gas.

Program itu turut disertai graduan dan pelajar tahun akhir Institusi Pendidikan MARA (IPMA), graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta masyarakat setempat.

Kehadiran pencari kerja itu sekali gus mencerminkan peranan program berkenaan sebagai platform menghubungkan pencari kerja dengan peluang pekerjaan ditawarkan oleh pihak industri.

Penganjuran program itu bukan sahaja membuka akses kepada peluang pekerjaan, malah menjadi platform MARA mendapatkan maklum balas secara langsung daripada majikan mengenai tahap kesiapsiagaan graduan dan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja.

Pengarah TVETMARA Kemaman, Abdul Malib Ludin, berkata program berkenaan memberi peluang kepada graduan memahami keperluan sebenar majikan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

"Graduan hari ini perlu tahu bukan sahaja pekerjaan yang boleh dimohon, tetapi juga kemahiran dan persediaan yang diharapkan oleh majikan.

"Apabila mereka dapat bertemu sendiri dengan pihak industri, mereka boleh memahami dengan lebih jelas peluang yang ada dan membuat persediaan mengikut bidang yang ingin diceburi.

"Pada masa yang sama, maklum balas industri amat penting kepada institusi pendidikan. Kita mahu latihan yang diberikan kepada pelajar

seiring dengan keperluan pekerjaan sebenar supaya mereka lebih bersedia apabila memasuki alam pekerjaan," katanya.

Abdul Malib berkata, program itu turut menampilkan siri perkongsian kerjaya oleh wakil industri dan agensi berkaitan, yang memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi profesional, penyediaan resume, teknik temu duga serta laluan kerjaya dalam sektor teknikal dan industri.

"Sesi Academia–Industry Engagement turut menjadi platform pertemuan antara pengurusan institusi pendidikan MARA dengan pihak industri bagi membincangkan perkembangan sektor pekerjaan, keperluan tenaga kerja serta peluang kerjasama dalam pembangunan kemahiran. "Pandangan industri dapat dijadikan input untuk memperkukuh kesesuaian latihan TVET dengan keperluan pasaran kerja," katanya.

Pada hari kedua program, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, Nuriman Yusop, hadir bagi menyempurnakan perasmian program serta mengadakan sesi lawatan (walkabout) bagi meninjau pameran kerjaya dan penglibatan syarikat industri.

Penganjuran MARA Career Crafting – East Coast Chapter 2026 mendapat kerjasama strategik Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman, PERKESO, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Terengganu Oil & Gas Council (TOGC), The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) dan Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC).

Kerjasama antara MARA, agensi kerajaan dan organisasi industri ini memperkukuh usaha memperluas peluang pekerjaan serta hubungan antara penyedia latihan dengan majikan, khususnya dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran di Pantai Timur.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:00
Latest 17:11 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 16:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.