Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate50Pelaburan perlu dinilai bersama data gaji, pekerjaan - Menteri Ekonomi50World : S. Korea To Partially Withdraw Diplomatic Staff From Ukraine Amid Airstrike Threat, Diplomatic Dispute47Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar46RUU Statistik perkasa integrasi data negara46Beri alasan ada urusan bank, janda ditahan khalwat dengan lelaki bukan Islam di hotel45Affin Diventium diiktiraf Bank Swasta Cemerlang Asia Pasifik 202643PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini42Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom42General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations41Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan38Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

MARA Liner mohon tangguh dasar baharu penjualan tiket bas ekspres

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 14:52 MYTLatest activity 20 Oct, 14:52BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat Corporation (MARA Corp) menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) menangguhkan pelaksanaan peraturan menetapkan tiket bas ekspres hanya boleh dijual melalui terminal berlesen. (Berita Harian, 14:52)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

MARA Liner mohon tangguh dasar baharu penjualan tiket bas ekspres

By Robin Augustin · 20 Oct, 14:52 MYT

Kuala Lumpur: Sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat Corporation (MARA Corp) menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) menangguhkan pelaksanaan peraturan menetapkan tiket bas ekspres hanya boleh dijual melalui terminal berlesen.

MARA Liner yang juga pengendali bas ekspres dan bas henti-henti, turut meminta MOT mengadakan libat urus dengan peserta industri, pengendali terminal dan pihak berkepentingan lain sebelum peraturan itu berkuat kuasa pada 1 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Wan Agyl Wan Hassan, berkata syarikat itu memahami hasrat kerajaan memperkukuh pengurusan terminal serta menambah baik pengalaman penumpang dan urusan penjualan tiket.

"Pada masa sama, adalah penting supaya proses pelaksanaan mengambil kira keperluan operasi pengendali bas, sistem penjualan tiket sedia ada, kesediaan teknikal, serta implikasi yang mungkin timbul terhadap penumpang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Agyl berkata, sesi dialog akan membolehkan pihak-pihak berkepentingan berkongsi pandangan, mendapatkan penjelasan mengenai keperluan pelaksanaan, dan mencari penyelesaian yang praktikal.

Beliau berkata, atas sebab inilah MOT wajar menangguhkan pelaksanaan dasar itu sementara menunggu sesi libat urus lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan.

"Langkah ini akan membantu memastikan peralihan yang lancar, meminimumkan potensi gangguan operasi, serta memberikan kejelasan yang secukupnya kepada semua pihak yang terbabit," katanya.

Semalam, media melaporkan peraturan baharu daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) - yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan - mengejutkan pengendali bas dan ejen penjualan tiket.

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia,

Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata perubahan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengendali yang melabur dalam pembangunan laman web dan sistem penjualan tiket mereka sendiri bagi memudahkan pembelian tiket.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:47 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 14:52 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:52

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.