
Marquez ikrar terus 'serang' Martin
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Jakarta: Juara bertahan, Marc Marquez berikrar untuk terus 'menyerang' pada setiap perlumbaan ketika dia cuba mengejar rakan senegara, Jorge Martin yang kini mendahului kedudukan kejuaraan MotoGP. (Harian Metro, 05:18)
Read the reporting
2 reports
Marquez ikrar terus 'serang' Martin
Jakarta: Juara bertahan, Marc Marquez berikrar untuk terus 'menyerang' pada setiap perlumbaan ketika dia cuba mengejar rakan senegara, Jorge Martin yang kini mendahului kedudukan kejuaraan MotoGP.
Marquez muncul juara di Jepun minggu lalu, sekali gus mengecilkan kelebihan Martin, juga dari Sepanyol, kepada hanya dua mata dengan enam perlumbaan berbaki musim ini.
"Saya akan cuba menyerang di setiap litar. Itu sasaran saya," kata pelumba Ducati itu menjelang GP Indonesia di Lombok, minggu ini.
"Saya akan cuba memberikan yang terbaik dan perkara paling penting ialah... saya rasa sedikit lebih baik.
"Kami melakukan pelarasan jentera dengan cara berbeza, jadi kita lihat nanti," katanya lagi.
Kemenangan Marquez di Motegi pada Ahad lalu menyaksikan juara dunia tujuh kali itu kembali menghampiri pendahuluan kejuaraan selepas kehilangan mata pada perlumbaan sebelumnya di Austria.
Martin, yang menunggang jentera Aprilia, kini mendahului dengan 333 mata, manakala Marquez mengumpul 331 mata dan pelumba Itali, Marco Bezzecchi di tempat ketiga dengan 284 mata.
"Saya rasa yakin, bukan kerana keputusan yang diraih, tetapi kerana perasaan yang saya dapat dengan jentera ini.
"Saya rasa semakin pantas dan pantas. Kini nampaknya kami mempunyai penyelesaian untuk setiap masalah yang saya hadapi," kata Martin.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro05:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.