Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian44General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar34World : Egypt's Al-Sissi Says He Will Not Rule Beyond 203034KBS teliti pendekatan tuan rumah Aichi-Nagoya sedia kemudahan mesra OKU
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Masjid dan institusi Islam pulihkan nilai masyarakat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:30 MYTLatest activity 18 Oct, 16:30BMconfidence 60%

What happened

Ramai umat Islam mengunjungi masjid atau surau untuk tujuan menunaikan ibadah tetapi peranan masjid sebenarnya lebih daripada itu. (Utusan Malaysia, 16:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·5 min read

Masjid dan institusi Islam pulihkan nilai masyarakat

By LAUPA JUNUS · 18 Oct, 16:30 MYT

Ramai umat Islam mengunjungi masjid atau surau untuk tujuan menunaikan ibadah tetapi peranan masjid sebenarnya lebih daripada itu.

Mesej utama yang perlu di ketengahkan masjid dan institusi Islam perlu berperanan bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga sebagai institusi pembinaan akhlak, pemulihan nilai, penyatuan masyarakat dan penyelesaian masalah ummah.

Dalam menghadapi cabaran semasa seperti kemerosotan adab, krisis integriti, penyebaran fitnah, pengaruh negatif media sosial dan keretakan hubungan kekeluargaan, institusi Islam perlu memperkukuh pendekatan dakwah yang lebih menyeluruh, dekat dengan masyarakat dan berorientasikan penyelesaian.

Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Zuhaimi Abdul Rahim berkata, masjid perlu berfungsi sebagai pusat pembinaan akhlak dan integriti serta menjadi tempat membina insan yang amanah, jujur, berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Maka, pengisian agama hendaklah menghubungkan ibadah dengan amalan harian, termasuk integriti dalam pekerjaan, kejujuran dalam perniagaan dan keadilan dalam kepimpinan.

Kejayaan pengimarahan masjid bukan hanya diukur melalui jumlah jemaah dan program, tetapi juga melalui kesan positif terhadap akhlak dan kehidupan masyarakat.

Dalil al-Quran — Surah al-‘Ankabut, ayat 45

Maksudnya: “Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang; sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. ”

Zuhami berkata, ibadah sepatutnya membentuk akhlak dan mendorong seseorang menjauhi kemungkaran.

Beliau menjelaskan masjid sebagai pusat penyatuan dan keharmonian masyarakat dengan menjadi ruang yang menyatukan tanpa mengira latar belakang, kedudukan sosial atau kemampuan ekonomi.

Sebab itu katanya perlu ada pendekatan mengurangkan budaya menghukum dan melabel, sebaliknya membudayakan nasihat, dialog, saling menghormati dan penyelesaian konflik secara berhikmah.

Dalam masa sama, masjid perlu berperanan memperluas hubungan antara masjid, keluarga, golongan profesional, belia dan komuniti setempat.

Dalil al-Quran — Surah Ali ‘Imran, ayat 103

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.

Beberapa lagi peranan masjid antaranya kata beliau memperkukuh ukhuwah dan menjadi tempat masyarakat mencari titik persamaan, bukan memperbesar perbezaan selain memerangi fitnah dan memulihkan adab dalam dunia digital Institusi Islam perlu mendidik masyarakat agar menyemak kesahihan berita sebelum menyebarkannya.

Dalam masa sama, masjid menjadi fokus dalam usaha menangani budaya mengaibkan, memfitnah, membuli siber dan menghukum seseorang berdasarkan maklumat yang belum disahkan dan memberi panduan penggunaan media sosial dan kecerdasan buatan (AI) secara beretika, termasuk dalam pencarian maklumat agama.

Ini dinyatakan dalam Surah al-Hujurat, ayat 6

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”

Maka dengan itu katanya, p rinsip tabayyun perlu menjadi budaya masyarakat supaya teknologi digunakan untuk menyebarkan kebaikan, bukan mencetuskan fitnah dan permusuhan.

Akhir sekali kata beliau, masjid sebagai pusat kebajikan dan penyelesaian masalah ummah, memperkukuh bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas, orang kurang upaya, musafir dan golongan yang memerlukan, justeru menjadi peranan Ahli Jawatnkuasa (AJK) masjid supaya menjadikan institui tersebut sebagai platform mengembangkan peranan dalam pendidikan keluarga, bimbingan kerohanian, pembangunan belia dan sokongan komuniti.

Jadikan pelbagai program sebagai sebahagian daripada pengimarahan masjid, bukan aktiviti sampingan semata-mata.

Hadis sahih — Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Maksudnya: “Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.” Inti perkongsian: Masjid yang prihatin ialah masjid yang kehadirannya dirasai melalui bantuan, bimbingan dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat.

Kerjasama antara institusi masjid, universiti, sekolah dan keluarga perlu diperkukuh untuk membentuk generasi berilmu, beradab dan berintegriti.

Dalil al-Quran — Surah Luqman, ayat 17

Maksudnya: “Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah berbuat yang makruf, cegahlah daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”

“Masjid dan institusi Islam perlu dilihat sebagai rakan strategik dalam memulihkan nilai masyarakat. Peranannya tidak boleh terbatas kepada pengurusan ibadah dan penyampaian ilmu agama semata-mata, sebaliknya perlu diperluas kepada pembinaan akhlak, pemerkasaan keluarga, pembangunan belia, kebajikan dan pengukuhan integriti ujar beliau lagi

Prinsip tabayyun, amanah, ihsan dan ukhuwah perlu diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.

Kita perlu melahirkan masjid yang bukan sahaja makmur dengan jemaah, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat; bukan sahaja menjadi tempat mencari ketenangan rohani, tetapi juga menjadi pusat penyatuan, pendidikan dan kebajikan ummah. Inilah pendekatan yang perlu diperkukuh bagi memastikan Islam terus berperanan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

ZUHAIMI ABDUL RAHIM

Tempat Lahir: Temerloh Pahang

Pekerjaan : Pengarah Pusat Islam UPM

Jawatan lain:

Nazir Masjid Universiti Putra Malaysia

Pengerusi Majlis Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Awam (MAHEIS)

Jawatankuasa Syariah Koperasi UPM

Pendidikan

Sekolah Menengah Agama Al- Khairiah Temerloh, Pahang

Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) Matrikulasi Bahasa Arab

Universiti Putra Malaysia

Bacelor Sastera Bahasa Asing (major Bahasa Arab (minor: Pembangunan Sumber Manusia)

Oleh itu kata Zuhaimi lagi, j adikan pelbagai program sebagai sebahagian daripada pengimarahan masjid, bukan aktiviti sampingan semata-mata, sebagai mana disebutkan dalam h adis sahih Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Maksudnya: “Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. ”

Dengan itu Zuhaimi , m asjid yang prihatin ialah masjid yang kehadirannya dirasai melalui bantuan, bimbingan dan manfaat yang diberikan kepada masyarakat.

Kerjasama antara institusi masjid, universiti, sekolah dan keluarga perlu diperkukuh untuk membentuk generasi berilmu, beradab dan berintegriti.

Beliau berkongsi Dalil al-Quran dalam surah Luqman, ayat 17.Maksudnya: “ Wahai anakku, dirikanlah solat, suruhlah berbuat yang makruf, cegahlah daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya .”

“Masjid dan institusi Islam perlu dilihat sebagai rakan strategik dalam memulihkan nilai masyarakat. Peranannya tidak boleh terbatas kepada pengurusan ibadah dan penyampaian ilmu agama semata-mata, sebaliknya perlu diperluas kepada pembinaan akhlak, pemerkasaan keluarga, pembangunan belia, kebajikan dan pengukuhan integriti.

“Prinsip tabayyun, amanah, ihsan dan ukhuwah perlu diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.

“ Kita perlu melahirkan masjid yang bukan sahaja makmur dengan jemaah, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat; bukan sahaja menjadi tempat mencari ketenangan rohani, tetapi juga menjadi pusat penyatuan, pendidikan dan kebajikan ummah. Inilah pendekatan yang perlu diperkukuh bagi memastikan Islam terus berperanan sebagai rahmat kepada seluruh alam, ” ujarnya. – UTUSAN

The post Masjid dan institusi Islam pulihkan nilai masyarakat appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 16:59 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 16:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    16:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.