
Mayat disumbat dalam beg, dibakar bersama kereta: Bekas pemandu trak tunda dihukum penjara 15 tahun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA: Bekas pemandu trak tunda dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku salah menyebabkan kematian rakan yang mayatnya disumbat dalam beg pakaian dan dibakar bersama kereta, enam tahun lalu. (Berita Harian, 21:32)
Read the reporting
1 report
Mayat disumbat dalam beg, dibakar bersama kereta: Bekas pemandu trak tunda dihukum penjara 15 tahun
MELAKA: Bekas pemandu trak tunda dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku salah menyebabkan kematian rakan yang mayatnya disumbat dalam beg pakaian dan dibakar bersama kereta, enam tahun lalu.
Hakim, Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman terhadap AS Sitambarasan, 34, selepas menerima pengakuan tertuduh atas pertuduhan pilihan, menimbangkan hujah pendakwaan mengenai kepentingan awam, rayuan pembelaan dan fakta kes.
Hukuman berkuat kuasa tarikh tertuduh ditangkap 23 September 2020.
Suria berkata, tindakan tertuduh menyebabkan kematian Sua Chun Chai, 31, sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalam beg pakaian untuk dilupuskan, membeli minyak petrol dan membakar kereta mengandungi mayat itu adalah perbuatan amat kejam.
"Walaupun ada masalah antara kamu dengan si mati, pada pendapat mahkamah, kamu tidak seharusnya bertindak sedemikian," katanya.
Beliau turut menimbangkan rayuan peguam bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah selain latar belakang keluarganya, tahap pendidikannya yang rendah dan kehilangan penglihatan akibat pergaduhan dalam penjara.
Hakim juga menasihati tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas perbuatannya, selain menjadikan tempoh pemenjaraan sebagai ruang untuk merenung kesilapan yang dilakukan serta kesannya terhadap keluarga.
Menurutnya, peguam menghujahkan ketiadaan tertuduh menyebabkan keluarganya hilang tempat bergantung, termasuk ibunya yang menghidap kanser, isteri yang patah kaki akibat kemalangan serta anak yang masih bersekolah.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Saleh, manakala tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes
Sitambarasan didakwa menyebabkan kematian Chun Chai di hadapan sebuah bengkel kenderaan di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Pulau Sebang, Alor Gajah antara 14 September 2020, kira-kira jam 4 pagi hingga 17 September 2020 kira-kira jam 7.25 pagi.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan pendakwaan memanggil 13 saksi memberi keterangan sebelum representasi peguam diterima dan tertuduh ditawarkan pertuduhan pilihan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.