
MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) meneruskan Program Serahan Anjing Secara Sukarela bagi mengawal populasi anjing terbiar berikutan kebimbangan terhadap penularan rabies susulan kes kematian di Kedah. (Utusan Malaysia, 10:10)
Read the reporting
1 report
MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies
SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) meneruskan Program Serahan Anjing Secara Sukarela bagi mengawal populasi anjing terbiar berikutan kebimbangan terhadap penularan rabies susulan kes kematian di Kedah.
Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, langkah pencegahan awal penting bagi mengurangkan risiko penularan penyakit zoonotik yang boleh membawa maut itu.
Sebanyak 35 ekor anjing diserahkan menerusi program berkenaan dari 24 Ogos hingga 30 September lalu, membabitkan pembayaran insentif berjumlah RM1,750.
“Program ini menyediakan saluran kepada pemilik yang tidak lagi mampu menjaga anjing peliharaan untuk menyerahkannya secara sukarela, selain membantu menangani isu anjing terbiar,” katanya.
MBS akan meneruskan inisiatif itu secara terkawal dan berperingkat mengikut peruntukan undang-undang serta garis panduan kebajikan haiwan, dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Beliau turut menggesa pemilik anjing memastikan haiwan peliharaan dilesenkan, divaksinkan, dimandulkan dan tidak dibiarkan berkeliaran di tempat awam.
Kerjasama masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penting bagi memastikan pengurusan haiwan dilaksanakan secara bertanggungjawab demi keselamatan awam. – UTUSAN
The post MBS teruskan insentif serahan anjing cegah rabies appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.