
Mekanik dipenjara lima tahun cuba bunuh polis
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Seorang mekanik dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan cuba membunuh seorang anggota polis berpangkat koperal dalam satu insiden kejar mengejar di Damansara, minggu lalu. (Utusan Malaysia, 15:39)
Read the reporting
2 reports
Mekanik dipenjara lima tahun cuba bunuh polis
PETALING JAYA: Seorang mekanik dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan cuba membunuh seorang anggota polis berpangkat koperal dalam satu insiden kejar mengejar di Damansara, minggu lalu.
Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Teek Lai, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, Teek Lai yang memandu kereta Proton Wira telah melanggar Koperal Muhamad Firdaus Maulud menyebabkannya patah tangan kiri di Jalan Sungai Buloh-Kepong, Damansara, di sini, pada pukul 6.21 petang, 9 Oktober lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Menurut fakta kes, pada 9 Oktober lalu, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) telah mengesan sebuah kereta Proton Wira yang dipandu tertuduh dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkannya untuk berhenti.
Bagaimanapun, Teek Lai bertindak melarikan diri dengan memecut laju kereta tersebut secara berbahaya dan melawan arus sebelum tiba di sebuah jalan mati di Kampung Baru Sungai Buloh.
Ketika cuba melarikan diri, tertuduh turut merempuh kereta peronda tersebut.
Muhamad Firdaus kemudian cuba menarik keluar tertuduh yang dilihat memiliki sepucuk pistol daripada kenderaan terbabit namun lelaki itu secara tiba-tiba memecut semula keretanya menyebabkan kecederaan pada tangan kiri anggota polis itu.
Tertuduh yang terus melarikan diri telah bergerak ke arah Jalan RRI dan merempuh beberapa buah kenderaan orang awam sehingga ada yang terbalik.
Susulan perkara itu, Muhamad Firdaus terpaksa melepaskan tembakan ke arah kenderaan tersebut sebelum sepasukan polis berjaya menahan Teek Lai.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan mencadangkan hukuman berat mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada orang awam serta tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama.
“Kejadian ini bukan sahaja melibatkan anggota polis malah melibatkan juga orang awam termasuklah kereta-kereta yang terlibat dalam dalam kejadian tersebut.
“Seterusnya dengan mengambil kira kerosakan kereta-kereta orang awam yang lain dan tindakan tertuduh tersebut merupakan suatu tindakan yang berbahaya kepada orang awam,” katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar dikenakan hukuman ringan atas alasan perlu menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua dan uzur.
Teek Lai turut memohon maaf kepada anggota-anggota polis yang terlibat pada masa kejadian selain mengatakan telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
“Saya minta maaf, puan,” katanya.
Pada 9 Oktober lalu, tular beberapa video menunjukkan insiden kejar mengejar antara polis dan sebuah kereta Proton Wira di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Damansara Damai.
Dalam kejadian itu, suspek telah melanggar beberapa kenderaan awam sebelum meninggalkan keretanya dan cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, keadaan itu berakhir apabila dia berjaya diberkas selepas mengalami kecederaan akibat terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis ketika kejadian. – UTUSAN
The post Mekanik dipenjara lima tahun cuba bunuh polis appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Sinar Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.