Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok59King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period511 injured in shooting involving police near Johor Zoo462 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00044Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan4114 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738General : Selangor Postpones National Sports Day Celebrations Due To Haze36Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri35Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi34Masanya gandingan pemain kidal negara, Arif-Faiq uji kemampuan34Forum EcoWorld Connects medan usahawan kongsi idea, pengalaman
NewConfirmedupdated 4 h ago

Melaka peruntuk RM700,000 perkasa gerakan koperasi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:41 MYTLatest activity 9 Oct, 09:45BMconfidence 80%

What happened

MELAKA: Kerajaan negeri memperuntukkan RM700,000 sejak tiga tahun lalu bagi memperkukuh dan memperkasakan gerakan koperasi di Melaka menerusi pelbagai inisiatif serta insentif bersasar. (Berita Harian, 09:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Melaka peruntuk RM700,000 perkasa gerakan koperasi

By Amir Mamat · 9 Oct, 09:45 MYT

MELAKA: Kerajaan negeri memperuntukkan RM700,000 sejak tiga tahun lalu bagi memperkukuh dan memperkasakan gerakan koperasi di Melaka menerusi pelbagai inisiatif serta insentif bersasar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata peruntukan itu disalurkan menerusi beberapa inisiatif, antaranya Bantuan Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka, Bantuan Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro serta Bantuan Pemerkasaan Koperasi Pelbagai Kluster atau e-Perkasa.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu lebih 50 koperasi menerima manfaat termasuk 16 daripadanya bakal menerima cek cura yang disalurkan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Bagi kerajaan negeri, bantuan diberikan tidak boleh sekadar berhenti sebagai angka peruntukan, sebaliknya kita mahu setiap ringgit disalurkan menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih besar, daripada modal kepada perniagaan, daripada perniagaan kepada pasaran dan akhirnya daripada pertumbuhan itu lahir manfaat yang lebih besar kepada anggota.

"Apa yang dicapai hari ini bukan kemuncak kepada perjalanan gerakan koperasi Melaka kerana dengan lebih 177,000 anggota, saya percaya masih banyak kekuatan yang belum kita teroka dan masih banyak peluang yang belum kita buka," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2026 Peringkat Negeri, di Banda Hilir di sini sini, malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buku Profil Gerakan Koperasi Negeri Melaka 2026 yang memaparkan kegiatan dan kejayaan 35 koperasi terbaik di negeri itu.

Ab Rauf berkata, fokus kerajaan negeri kini adalah untuk membesarkan lagi kekuatan gerakan koperasi dengan membantu koperasi kecil supaya lebih berkembang, selain mendorong koperasi yang sudah kukuh meneroka pasaran baharu.

Sementara itu, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Terbaik Melaka 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000; diikuti tempat kedua yang disandang Koperasi Pengusaha Pekerja Malaysia Berhad (menerima RM3,000) dan ketiga, Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Ramuan China Melaka Berhad (menerima RM2,000).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:0012:0013:0014:00
Latest 14:31 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 09:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Melaka peruntuk RM700,000 perkasa gerakan koperasi
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.