Melayang RM4,800 selepas isi petrol di Tanjung Mas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA BHARU – Wang belanja isi rumah terpaksa dikorbankan untuk membayar kos RM4,800 bagi membaiki kereta yang rosak selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tanjung Mas di sini, bulan lalu.Peniaga, Hafiz Rahim, 43, berkata, keretanya mengalami masalah pada hari yang sama selepas mengisi petrol RON95 sehingga penuh pada waktu pagi.Menurutnya, kereta jenis Honda Stream itu tidak dapat dihidupkan pada waktu petang dan terpaksa ditunda ke bengkel."Pada mulanya, mekanik menukar motor penghidup dan kereta dapat dihidupkan, tapi hanya sempat bergerak kurang daripada tiga kilometer sebelum te (Sinar Harian, 08:30)
Read the reporting
1 reportMelayang RM4,800 selepas isi petrol di Tanjung Mas
KOTA BHARU – Wang belanja isi rumah terpaksa dikorbankan untuk membayar kos RM4,800 bagi membaiki kereta yang rosak selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tanjung Mas di sini, bulan lalu.Peniaga, Hafiz Rahim, 43, berkata, keretanya mengalami masalah pada hari yang sama selepas mengisi petrol RON95 sehingga penuh pada waktu pagi.Menurutnya, kereta jenis Honda Stream itu tidak dapat dihidupkan pada waktu petang dan terpaksa ditunda ke bengkel."Pada mulanya, mekanik menukar motor penghidup dan kereta dapat dihidupkan, tapi hanya sempat bergerak kurang daripada tiga kilometer sebelum tersengguk-sengguk dan mati semula."Apabila cuba lagi, kereta dapat dihidupkan tetapi enjin mati semula apabila hendak bergerak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Abdul Hafiz berkata, dia terpaksa menghantar keretanya ke bengkel lain untuk mengenal pasti punca kerosakan selepas pemeriksaan di bengkel pertama gagal menemukan masalah sebenar.Katanya, punca kerosakan hanya dikenal pasti selepas kereta dibawa ke bengkel kedua di Jalan Bayam di sini apabila mekanik menemui petrol bercampur air dalam tangki dengan jumlah yang banyak."Kereta saya mengalami kerosakan pada beberapa komponen lain sehingga perlu menukar enjin."Saya terpaksa menanggung kos baiki sebanyak RM4,800 dan kereta berada di bengkel lebih sebulan," katanya.Abdul Hafiz berkata, keretanya dimasukkan ke bengkel pada 5 Ogos lalu dan hanya siap dibaiki pada 8 September lepas.Katanya, kos yang ditanggung juga antaranya melibatkan proses menurunkan tangki minyak, membuang dan mencuci saluran petrol kereta.Dia berkata, perbelanjaan itu menjejaskan bajetnya, termasuk wang untuk menampung keperluan harian."Apabila terpaksa keluarkan wang sebanyak itu untuk membaiki kereta, memang habis bajet saya."Perbelanjaan harian dan keperluan lain turut terjejas," katanya.Menurut Abdul Hafiz, dia turut memaklumkan perkara itu kepada kakitangan stesen minyak terbabit, namun diberitahu bahawa sepanjang 13 tahun kakitangan itu bekerja di situ, tiada aduan berkaitan air dalam petrol diterima.Jawapan itu menyebabkan dia terdiam dan tidak memanjangkan aduan berkenaan ketika itu.Dia bagaimanapun berharap pihak stesen minyak mengubah pendekatan dan menerima setiap aduan pelanggan terlebih dahulu dan menjalankan siasatan sebelum memberikan jawapan sedemikian."Saya faham perkara ini mungkin bukan sengaja tapi pihak stesen minyak pun perlu ambil berat aduan pelanggan terutama pelanggan tetap."Saya bukan menuduh, tapi saya ada bukti kali terakhir saya isi minyak di situ sebelum kereta rosak dan jumpa air bersama petrol dalam tangki minyak kereta," katanya.Menurutnya, dia sebelum kejadian itu mengisi petrol di stesen berkenaan secara berkala dan membelanjakan hampir RM2,000 sebulan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.