Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM45General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris45General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid43General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar41Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar39Belanjawan 2027: Pelepasan cukai M40 dijangka diperluas
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Mengapa netizen Indonesia membenci Malaysia?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 09:59 MYTLatest activity 11 Oct, 09:59BMconfidence 60%

What happened

Di media sosial kini terdapat hantaran demi hantaran dari netizen Indonesia menghina Malaysia. Perbuatan ini amat mengecewakan dan sudah pasti menimbulkan kemarahan warga Malaysia. (Utusan Malaysia, 09:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Mengapa netizen Indonesia membenci Malaysia?

By ZIN MAHMUD · 11 Oct, 09:59 MYT

Di media sosial kini terdapat hantaran demi hantaran dari netizen Indonesia menghina Malaysia. Perbuatan ini amat mengecewakan dan sudah pasti menimbulkan kemarahan warga Malaysia.

Oleh kerana kedua negara berkongsi budaya, tentulah sensitiviti terhadap sesuatu perkara juga sama dan untuk menyakiti hati di antara satu sama lain juga adalah lebih mudah. Lebih-lebih lagi bahasa Indonesia itu tetap merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu. Peribahasa dan ungkapan yang digunakan mereka mudah difahami.

Ada juga warga Indonesia yang berusaha membela Malaysia terutama dalam YouTube. Tentulah antara mereka berasa malu dengan kerendahan budi dan mentaliti saudara senegara mereka.

Tetapi umumnya warga Malaysia memandang baik pada Indonesia. Mereka menganggap Indonesia sebagai ‘serumpun’ dan mengambil istilah ‘Nusantara’ untuk merujuk negara-negara yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei. Di pihak Indonesia, amnya mereka juga menganggap Malaysia sebagai ‘serumpun’.

Namun begitu, ada juga enggan berbuat demikian terutama dalam kalangan suku kaum di Maluku, Nusa Tenggara dan Papua. Mereka menyatakan bahawa rumpun Melayu hanya meliputi suku-suku kaum di Sumatera dan Kalimantan iaitu termasuk Aceh, Minang, Banjar dan Brunei. Malah orang Jawa dan Sunda juga tidak mahu dikategorikan sebagai Melayu.

Sementara bagi Indonesia, istilah Nusantara adalah nama alternatif bagi negara mereka, dan tiada kaitan dengan Malaysia. Tambahan pula istilah Nusantara asalnya muncul pada zaman Majapahit untuk merujuk pulau-pulau di luar Jawa dan Semenanjung bukanlah pulau. Kini ibu kota baharu Indonesia pula dinamakan Nusantara.

Seringkali luahan kebencian terhadap Malaysia berlaku apabila berlangsungnya perlawanan bola sepak. Baru-baru ini, mereka menghina lagu Negaraku ketika dimainkan. Mereka juga mempunyai lagu untuk menghina Malaysia dengan lirik yang mengandungi kata-kata kesat. Sementara penyokong-penyokong Malaysia turut diganggu.

Sememangnya gejala samseng bola sepak biasa berlaku di Eropah. Tetapi perbuatan mereka adalah keterlaluan dengan tidak mencerminkan nilai-nilai ketimuran.

Apa yang menjadikan keadaan ini lebih ketara adalah adanya media sosial Twitter sampai di Indonesia pada tahun 2006 hinggakan Jakarta disebut sebagai ‘Twitter capital’. Ini diikuti dengan Facebook pada 2007 yang diakses melalui warnet (warung internet)

YouTube tersebar luas pada tahun 2012, TikTok pada 2017 dan Threads pada 2023.

Maka warga Indonesia dapat melihat apa yang berlaku di Malaysia. Sementara warga Malaysia dapat membaca hantaran mereka. Dengan media sosial, mereka boleh menyindir, menghina dan mentertawakan negara ini. Perbuatan itu tidak boleh dilakukan ketika media hanya berupa radio, televisyen dan akhbar.

Tetapi mengapakah bila ada ruang untuk bergaduh melalui media sosial, dengan cepat tercetus rasa tidak senang di antara keduanya? Ada pihak mengatakan kalau serumpun dan berkongsi bahasa, maka lebih mudah berkelahi. Apa yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia tidaklah seburuk seperti antara Korea Selatan dengan Korea Utara, China dengan Taiwan dan India dengan Pakistan.

Ketika mencapai kemerdekaan, hubungan Malaya dan Indonesia adalah baik. Keadaan menjadi buruk pada 1963. Presiden Sukarno membantah penubuhan Malaysia yang disifatkan sebagai konspirasi Barat untuk menguasai Indonesia.

Dasar Konfrontasi itu membawa kepada Jakarta memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur pada 17 September 1963. Tentera Indonesia dan Malaysia bertempur di Sabah. Mereka turut mendaratkan anggota payung terjun di Johor.

Bapa saya sebagai anggota tentera dikerahkan mengawal pantai Morib untuk menghalang sebarang pendaratan tentera Indonesia. Radio Indonesia mengejek-ejek Malaysia tetapi keadaan ekonomi Indonesia ketika itu amat buruk hinggakan ia juga menjadi bahan ejekan dari Suara Malaysia iaitu saluran Radio Malaysia dalam bahasa Indonesia untuk mereka.

Tetapi perselisihan antara kedua negara berakhir apabila Presiden Sukarno digantikan dengan Suharto. Konfrontasi ditamatkan. Hubungan kedua negara menjadi amat akrab.

Malah hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi asas kepada ASEAN. Komando Malaysia turut mendapat latihan di Indonesia pada 1971. Salah seorang anggotanya adalah sepupu bapa saya.

Guru sains dari Indonesia dibawa untuk mengajar di sekolah menengah. Pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di universiti Indonesia. Guru-guru yang belajar di Indonesia membawa pulang alat muzik angklung untuk dipopularkan di sekolah.

Para pekerja Indonesia dibawa ke sini untuk bekerja membina bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur. Ada pula yang datang berniaga di Chow Kit, Kampung Baru dan Datuk Keramat. Kebanyakannya menjadi penduduk tetap dan anak-anak mereka menjadi warga negara Malaysia.

Malah Perdana Menteri Tun Abdul Razak berpakat dengan Presiden Suharto supaya ejaan Bahasa Indonesia dan Malaysia diseragamkan supaya rakyat kedua negara mudah membaca buku-buku kedua-dua negara.

Perkara ini berlaku pada 1974. Pada masa inilah saya membesar dengan buku-buku Indonesia. Novel-novel oleh sasterawan Indonesia menjadi teks sastera sekolah Malaysia. Bukan saja terdapat banyak buku Indonesia di perpustakaan tetapi juga di kedai-kedai buku. Kesan pertelagahan Konfrontasi sudah lama berlalu dan generasi selepas itu juga sudah berakhir.

Maka warga Indonesia yang kini membenci Malaysia datangnya dari generasi muda digital. Apa yang boleh dikesan daripada sikap mereka ialah perasaan iri hati terhadap keadaan ekonomi dan sosial Malaysia yang lebih baik daripada Indonesia.

Indonesia kaya dengan sumber alam dan bilangan penduduk yang tinggi membolehkan mereka mempunyai pasaran besar. Tetapi mengapakah mereka tidak dapat maju seperti China dan Korea Selatan yang sama-sama pernah menderita pada tahun 1950-an dahulu?

Maka kekecewaan itu dilepaskan kepada jiran serumpun yang serba serbi kecil tetapi lebih makmur daripada mereka.

The post Mengapa netizen Indonesia membenci Malaysia? appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:00
Latest 12:59 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
11 Oct, 09:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Mengapa netizen Indonesia membenci Malaysia?
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.