
Menguatkan ingatan, cegah daripada penyakit nyanyuk
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dalam ilmu psikologi, terdapat pelbagai cara untuk menangani tekanan ( stress ) dan rasa gelisah. Antaranya ialah bersenam, beriadah, melakukan terapi dan sebagainya. Namun, ada satu kaedah yang sangat mudah untuk dilakukan kerana hanya melibatkan lidah dan lelangit. (Harian Metro, 06:04)
Read the reporting
1 report
Menguatkan ingatan, cegah daripada penyakit nyanyuk
Dalam ilmu psikologi, terdapat pelbagai cara untuk menangani tekanan ( stress ) dan rasa gelisah. Antaranya ialah bersenam, beriadah, melakukan terapi dan sebagainya. Namun, ada satu kaedah yang sangat mudah untuk dilakukan kerana hanya melibatkan lidah dan lelangit.
Kaedah ini dinukilkan oleh Tony Yuile dalam blognya, wellingtonlifecoaching . Beliau menyarankan beberapa langkah berikut:
• Bayangkan bahawa terdapat sedikit titisan minyak zaitun yang diletakkan di hujung lidah ( tip of tongue ) anda.
• Sekarang letakkan hujung lidah anda ke lelangit mulut ( roof of mouth ), di belakang gigi hadapan anda (seperti menyebut huruf L).
• Bayangkan bahawa anda mengimbangkan titisan minyak, menahannya dalam kedudukan seperti itu.
• Sekarang rasakan betapa tenang fikiran anda ketika anda melakukannya.
Mirip dengan kaedah tersebut, Dr Andrew Weil yang merupakan pakar kesihatan di Harvard pula memperkenalkan teknik pernafasan 4-7-8. Teknik pernafasan tiga langkah ini dilakukan sambil menyentuhkan hujung lidah ke lelangit mulut.
Berikut kaedahnya:
• Hirup udara selama empat saat.
• Setelah paru-paru terisi udara, tahan nafas selama tujuh saat.
• Terakhir, buang nafas perlahan-lahan selama lapan saat.
Menurut beliau, selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan, cara ini juga dapat menurunkan tekanan darah, memperbaiki pencernaan dan merupakan tindakan antikecemasan yang sangat ampuh.
Berdasarkan dua kaedah yang dikemukakan di atas, sebagai seorang Muslim, hakikatnya ia tidak terlalu aneh kerana penggunaan hujung lidah yang disentuhkan ke lelangit sangat sinonim dan berkait rapat dengan ucapan dan amalan seharian kita.
Hal ini terbukti apabila kita dianjurkan untuk memperbanyak menyebut lafaz Allah supaya timbul ketenangan dalam diri.
Selain kesan spiritual, ternyata ia turut memberi kesan psikologi berdasarkan kaedah yang dikemukakan di atas.
Apabila diperhatikan, lafaz Allah banyak menggunakan huruf Lam yang mana makhraj (tempat keluar) huruf tersebut adalah dari hujung sisi lidah bahagian hadapan yang disentuhkan pada lelangit persis seperti menyebut huruf L.
Begitu juga bacaan tahlil 'Laa Ilaaha illAllah' yang merupakan antara bacaan zikir yang utama, banyak menggunakan huruf Lam/L yang memerlukan hujung lidah disentuhkan pada lelangit.
Menariknya lagi, huruf Lam juga merupakan huruf yang paling banyak terkandung dalam bacaan surah al-Fatihah iaitu berjumlah 24 huruf dan merupakan huruf kedua terbanyak (selepas huruf Alif) dalam al-Quran.
Secara umumnya, sewaktu membaca al-Quran, kita banyak menggunakan hujung lidah yang disentuhkan ke lelangit sewaktu menyebut sebahagian huruf-hurufnya. Oleh itu, tidak hairan amalan tersebut dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Selain daripada pengaruh lantunan ayat-ayatnya yang kita baca, ternyata pengaruh pergerakan lidah sewaktu menyebut huruf-hurufnya juga mampu memberikan kesan positif terhadap psikologi.
Oleh itu, kaedah pertama seperti dikemukakan di atas bukan suatu yang asing bagi umat Islam yang rajin membaca al-Quran.
Kaedah kedua iaitu teknik pernafasan 4-7-8 yang diperkenalkan oleh Dr Andrew Weil juga bukan suatu yang asing bagi umat Islam kerana kaedah ini juga berkait rapat dengan bacaan dalam solat dan bacaan al-Quran.
Hal ini kerana sewaktu solat dan membaca al-Quran, kita menghirup udara dalam-dalam, tetapi mengeluarkannya secara perlahan-lahan persis seperti teknik pernafasan 4-7-8 yang dikemukakan di atas.
Proses pernafasan yang berlaku sewaktu solat dan membaca al-Quran dapat memastikan oksigen dapat diserap secara maksimum yang mana sebahagian ilmuwan menyebut proses penyerapan oksigen sewaktu solat dengan istilah SEWOT iaitu Solat is Excercise with Oxygen Therapy .
Selain daripada penyerapan oksigen, dengung yang terhasil sewaktu kita membaca al-Quran juga mempunyai manfaat dari sudut kesihatan. Menurut mantan imam Masjid al-Azhar di Mesir, Syeikh Asyraf Ja'fari dalam Daurah Tuhfatul Atfal, antara keajaiban al-Quran berdasarkan penyelidikan ilmiah ialah getaran yang berlaku di kepala sewaktu mengucapkan bacaan dengung (ghunnah) dapat memberikan manfaat untuk kesihatan, antaranya menguatkan ingatan dan mencegah daripada penyakit nyanyuk.
Hakikatnya, solat dan membaca al-Quran dapat menghasilkan pelbagai manfaat bukan sahaja dari sudut spiritual, bahkan juga manfaat dari sudut psikologi dan kesihatan.
Hal ini telah diajarkan sejak lebih 1,400 tahun lalu sebelum ia dibuktikan melalui kajian atau penyelidikan ilmiah masa kini.
Allah berfirman: "Dan sungguh, kamu akan mengetahui kebenaran berita (al-Quran) tidak lama lagi." (Surah Sod: 88)
Di ayat yang lain, Allah ﷻ berfirman: "(Al-Quran) ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini." (Surah al-Jaathiyah: 20)
Wallahualam.
Penulis Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.