Malaysian Attention Engine
Live wire
48World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix46World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank40Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202738PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa37Kawal ketat kegiatan pencampuran minyak demi imej negara - Pakar maritim36General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings36MVV 2.0 jadi pemangkin utama lonjak Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Menjelajah Batam, terpikat pesona Pulau Bintan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:05 MYTLatest activity 11 Oct, 07:05BMconfidence 60%

What happened

Menjelajah Batam, terpikat pesona Pulau Bintan (Harian Metro, 07:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Menjelajah Batam, terpikat pesona Pulau Bintan

By Zatul Iffah Zolkiply · 11 Oct, 07:05 MYT

zatuliffah@hmetro.com.my

SIAPA sangka percutian ke luar negara boleh dilakukan hanya dengan menaiki feri? Itu pengalaman penulis ketika menghabiskan tiga hari dua malam meneroka Batam, Indonesia bersama rakan baru-baru ini.

Mungkin ramai mengenali Batam sebagai destinasi pelancongan, namun tidak ramai menyedari bandar ini turut berkembang sebagai pusat industri, perdagangan dan pelabuhan yang strategik di Kepulauan Riau.

Perjalanan penulis bermula dari Johor dengan hanya menaiki feri sebelum meneruskan pengembaraan di Batam menggunakan bas.

Bagi penulis, cara sebegini cukup santai kerana tidak perlu pening memikirkan soal memandu sendiri, sebaliknya boleh duduk menikmati suasana sepanjang perjalanan.

Kira-kira tiga jam merentasi Selat Singapura, kami akhirnya tiba di Batam. Sebaik menjejakkan kaki di sana, terasa seperti banyak perkara yang mahu diterokai, apatah lagi Batam bukan hanya menawarkan pengalaman membeli-belah seperti yang sering dibayangkan.

Antara yang menarik perhatian ialah Masjid Tanwirun Naja atau Masjid Tanjak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim.

Nama masjid itu sendiri sudah menarik, tetapi yang lebih mencuri perhatian ialah reka bentuk bumbungnya yang diinspirasikan daripada tanjak Melayu.

Penulis sempat merakam gambar di sekitar masjid sebelum meneruskan perjalanan. Walaupun hanya singgah sebentar, namun lokasi itu memberikan pengalaman pertama yang menarik kerana dapat melihat sendiri seni bina yang mempunyai unsur budaya Melayu.

Bercerita mengenai Batam, satu perkara yang memang tidak boleh ditinggalkan ialah makanan.

Kami sempat menikmati hidangan di Rumah Makan Bundo Kanduang yang menyajikan masakan Padang dan Minang manakala jus alpukat dan es jeruk atau jus limau menjadi pelengkap hidangan.

Selesai makan, kami singgah pula di Masjid Agung Raja Hamidah yang terletak di Batam Centre.

Masjid yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Raya Batam itu cukup cantik dan menjadi antara tempat umat Islam menunaikan solat serta beribadah.

Warna biru dan putih yang mendominasi masjid berkenaan terus menarik perhatian kami untuk merakamkan gambar. Dari kawasan masjid itu juga, papan tanda 'Welcome to Batam' dapat dilihat dengan jelas.

Bagi pelancong, papan tanda itu antara yang wajib ada dalam koleksi gambar apabila berkunjung ke Batam.

Walaupun ringkas, sekurang-kurangnya ada bukti bergambar bahawa kami sudah sampai ke destinasi ini.

Menjelang malam, saya dan rakan keluar lagi untuk menikmati suasana bandar.

Gerai makanan dan minuman di tepi jalan mula meriah dan keadaan itu membuatkan saya teringin untuk melihat lebih banyak lagi kehidupan malam di Batam.

Keesokan harinya, kami mengambil peluang meneroka Pulau Bintan yang boleh dikunjungi dari Batam dengan bot laju. Perjalanan merentasi laut itu sendiri sudah cukup menyeronokkan kerana pemandangan yang terbentang di sepanjang perjalanan memberikan pengalaman berbeza.

Di Pulau Bintan, Gurun Pasir dan Danau Biru antara lokasi yang menarik perhatian.

Hamparan pasir yang luas dengan air berwarna biru menjadikan kawasan itu cukup cantik untuk bergambar, malah terasa seperti berada di lokasi yang berbeza.

Bukan sekadar bergambar, penulis turut berpeluang menaiki rakit menyusuri Danau Biru.

Pengalaman itu memberi perspektif berbeza untuk menikmati airnya yang kebiruan, sekali gus menjadi antara momen menarik sepanjang berada di Gurun Pasir dan Danau Biru selama hampir dua jam di situ.

Bab makan memang tidak pernah kami lepaskan sepanjang pengembaraan ini.

Hidangan berasaskan makanan laut antara perkara paling dinantikan sepanjang berada di sana.

Siput gonggong, sotong dan ketam antara hidangan yang sempat dinikmati dan setiap satunya memberikan pengalaman rasa yang berbeza.

Siput gonggong khususnya membuatkan penulis dan rakan tertanya-tanya bagaimana rasanya sebelum mencuba.

Siput laut itu dinikmati bersama pencicah dan rugi kalau datang ke Batam tetapi tidak mencuba makanan yang dianggap antara hidangan istimewa di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:00
Latest 08:26 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 07:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.