
Menteri Agama puji usaha dakwah, penyatuan kumpulan XPDC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Menteri Agama puji usaha dakwah, penyatuan kumpulan XPDC (Google News Malaysia (BM), 12:42)
Read the reporting
1 report
Menteri Agama puji usaha dakwah, penyatuan kumpulan XPDC
puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Usaha penyatuan dan mesej dakwah dibawa oleh kumpulan metal, XPDC mendapat pujian dan penghargaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Menerusi hantarannya di Facebook hari ini, Zulkifli meluahkan rasa syukur apabila melihat gambar-gambar persembahan Zuar dan Izo yang diambil sewaktu Konsert XPDC Reunion & Friends, baru-baru ini.
Beliau menyifatkan foto-foto berkenaan berjaya melakar detik bersejarah apabila anggota XPDC asal yang berpecah kepada dua kumpulan dapat bersatu semula di atas satu pentas selepas hampir dua dekad sejak awal penubuhannya yang bermula sebagai kumpulan Tragedy.
"Pertemuan semula ini menjadi manifestasi indah bahawa perbezaan pandangan adalah perkara lumrah yang tidak sepatutnya merobek tali silaturahim dan ukhuwah sesama insan.
"Syabas dan tahniah juga diucapkan atas usaha dakwah serta kebajikan yang terus konsisten digerakkan oleh anggota XPDC seperti saudara Zuar (Azuar Md Tasi) dan saudara Ali (Mohd Ali Ismail)," tulisnya.
Menurutnya, menerusi alunan lagu-lagu popular seperti Sedekah, Titian Perjalanan sehinggalah ke lagu 'anthem' XPDC, Kita Peng Yu, mereka membuktikan seni berkeupayaan menjadi medium yang mendidik jiwa serta mengajak masyarakat kembali kepada nilai-nilai kebaikan.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh deretan lagu dan lirik nukilan Izo, Allahyarham JS Kevin serta Allahyarham Loloq dendangan Allahyarham Mael dan Ali diakui masih membekas hingga kini menerusi mesej ketuhanan dan kritik sosial yang mempunyai kesan tersendiri.
Dalam hantaran sama, beliau turut mengajak orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah sekudusnya buat Allahyarham Mael XPDC dan juga pemain bass XPDC ketika era Tragedy, Allahyarham Man Tobey.
"Perjuangan Allahyarham Mael dan saudara Ali kini diteruskan saudara Arydan saudara Mamu.
"Semoga usaha merapatkan ukhuwah ini sentiasa dirahmati, diperkukuhkan dengan ikatan persahabatan ikhlas kerana Allah, serta menyemarakkan lagi mesej persaudaraan selaras dengan semangat - Kita Peng-Yu - #KitaKawan.
"Seni kata malar segar daripada karya Semangat Yang Hilang membawa ikhtibar yang mendalam tentang muhasabah diri, ketabahan dan semangat perjuangan.
"Kerana akhirnya tujuan kita hanya satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah dari dunia hingga ke akhirat," kongsinya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)12:42
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.