Malaysian Attention Engine
Live wire
48Agenda AWANI: Belanjawan 2027 | Kesihatan MADANI ‘back to basics’42General : Dr Mahathir Touched By Unceasing Prayers For Dr Siti Hasmah, Thanks Everyone41Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar39General : Fahmi Condemns Cyberbullying Of UM Student, Urges Victims To Lodge Reports39Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor37Allah ganti lebih baik – Janna Nick sebak kenang Bella Astillah menangis di majlisnya dua tahun lalu35Tiger Shroff selamat daripada cubaan tembak35Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare34Polis tahan pengasuh bantu siasatan kes bayi meninggal dunia34Malaysia offers fire-fighting aid to Indonesia34'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat34World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Messi mampu capai rekod 1,000 gol

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 19:57 MYTLatest activity 19 Oct, 19:57BMconfidence 60%

What happened

MIAMI: Jurulatih Inter Miami, Cristian Gonzalez percaya Lionel Messi mampu mencapai rekod 1,000 jaringan selepas bintang Argentina itu meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Atlanta United dalam saingan MLS. (Berita Harian, 19:57)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Messi mampu capai rekod 1,000 gol

By AGENSI · 19 Oct, 19:57 MYT

MIAMI: Jurulatih Inter Miami, Cristian Gonzalez percaya Lionel Messi mampu mencapai rekod 1,000 jaringan selepas bintang Argentina itu meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Atlanta United dalam saingan MLS.

"Saya percaya Messi akan menjaringkan 1,000 gol," kata Gonzalez selepas perlawanan di Mercedes-Benz Arena.

"Dia sukakan cabaran dan sentiasa menetapkan sasaran untuk dirinya sendiri. Messi sudah memenangi segala-galanya, jadi saya percaya pencapaian ini juga bukan sesuatu yang terkecuali."

Pada perlawanan itu, Messi mencuri tumpuan menerusi dua jaringan dan satu bantuan gol untuk membantu Inter Miami menewaskan tuan rumah, Atlanta United 3-1 dalam perlawanan ke-30 MLS.

Bintang Argentina itu terus mendahului carta penjaring terbanyak MLS dengan 25 gol, lima gol mengatasi pencabar terdekatnya, Petar Musa.

Dia turut meningkatkan jumlah jaringan sepanjang kariernya kepada 936 gol, termasuk 672 bersama Barcelona, 106 bersama Inter Miami, 32 bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan 126 untuk pasukan kebangsaan Argentina.

Tiada pemain pernah menjaringkan 1,000 gol rasmi dalam sejarah bola sepak dunia walaupun legenda seperti Pele dan Romario pernah mendakwa mencapai pencapaian itu, jumlah berkenaan turut merangkumi ratusan gol dalam perlawanan persahabatan, kejohanan tidak rasmi atau pertandingan amatur.

Ketika ini, Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak dalam perlawanan rasmi dengan 981 gol.

Selain menjaringkan gol, Messi turut merekodkan 15 bantuan jaringan, sekali gus berkongsi kedudukan teratas dalam carta bantuan gol MLS bersama pemain Los Angeles FC, Son Heung-min.

Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah liga itu yang mencatat sekurang-kurangnya 15 bantuan gol dalam tiga musim berturut-turut.

Prestasi cemerlang itu menjadikan Messi calon paling kuat untuk memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP).

"Messi tidak pernah berhenti mengejutkan dunia," kata Gonzalez.

"Sukar dipercayai pemain berusia 39 tahun masih mampu melakukan perkara seperti itu. Namun, perkara yang paling menggembirakan saya ialah melihat dia benar-benar gembira.

"Apabila dia gembira, Messi akan memberikan segala-galanya, menikmati bola sepak dan berasa seperti berada di rumah sendiri."

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 20:11 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 19:57 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    19:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Messi mampu capai rekod 1,000 gol
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.