
Messi, Suarez bantu Inter Miami benam DC United
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MIAMI: Luis Suarez dan Lionel Messi masing-masing meledak dua gol untuk membantu Inter Miami menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan selepas membelasah DC United 4-0 dalam aksi Major League Soccer (MLS) di Miami. (Berita Harian, 10:37)
Read the reporting
1 report
Messi, Suarez bantu Inter Miami benam DC United
MIAMI: Luis Suarez dan Lionel Messi masing-masing meledak dua gol untuk membantu Inter Miami menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan selepas membelasah DC United 4-0 dalam aksi Major League Soccer (MLS) di Miami.
Suarez turut menyumbang satu bantuan gol untuk jaringan Messi ketika Inter Miami (13 menang, lima seri, 10 kalah; 49 mata) melonjak ke tangga kedua Konferens Timur MLS, mengatasi Chicago Fire dengan kelebihan satu mata.
German Berterame turut mencatat dua bantuan gol, manakala Sergio Reguilon dan Rodrigo De Paul masing-masing menyumbang satu bantuan gol.
Kekalahan itu menyukarkan peluang DC United (enam menang, sembilan seri, 12 kalah; 30 mata) untuk memburu tempat ke pusingan play-off. Pasukan itu kini ketinggalan enam mata di belakang FC Cincinnati, yang menduduki slot terakhir kelayakan play-in pasca musim bagi konferens berkenaan.
Suarez menjaringkan gol ke-14 dan ke-15 musim ini sebelum dikeluarkan pada minit ke-61. Inter Miami kini mengumpul 68 gol, jumlah tertinggi dalam MLS musim ini, selain mencatat rekod tanpa bolos kelima keseluruhan dan yang pertama dalam 10 perlawanan.
Penjaga gol Dayne St Clair pula merekodkan aksi tanpa bolos ketiga musim ini.
DC United melakukan 14 percubaan sepanjang perlawanan, namun hanya dua tepat ke sasaran. Antaranya ialah percubaan jarak dekat Matti Peltola pada babak kedua yang sedikit tersasar melepasi palang gol.
Suarez membuka jaringan seawal minit ketiga apabila menyudahkan hantaran jauh Berterame menggunakan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol DC United, Sean Johnson.
Reguilon memulakan gerakan itu dengan menghantar bola ke hadapan kepada Berterame, yang kemudian melambungkan hantaran ke arah Suarez.
Suarez menggandakan kelebihan pada minit ke-39 selepas Berterame mengawal bola muntah sebelum menanduknya kepada penyerang Uruguay itu di hadapan gawang.
Jaringan itu menyusul selepas Messi hampir menjaringkan gol menerusi percubaan jarak dekat yang ditepis Johnson tinggi ke udara, sebelum Berterame mendapatkan bola berkenaan.
Messi kemudian mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-47 menerusi gol ke-22 dalam MLS musim ini, sekali gus meletakkan Inter Miami di hadapan 3-0.
Pemain Argentina itu melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang terkena pemain lawan. Suarez mengawal bola pantulan sebelum melambungkan hantaran kepada Messi, yang mudah menolak bola melepasi Johnson.
Messi melengkapkan kemenangan besar itu dengan gol keduanya pada minit ke-60. Dia mengawal hantaran tumit De Paul, memperdaya pertahanan DC United, Lucas Bartlett, sebelum melepaskan rembatan yang menerjah gawang.
Johnson melakukan lima aksi menyelamat untuk DC United, namun gagal menghalang pasukannya daripada mengalami kekalahan besar.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.