
Mierul Aiman nafi hanya pandang tawaran filem
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Pelakon, Mierul Aiman menafikan dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya mula bersikap selektif dengan hanya memberikan fokus kepada tawaran filem berbanding naskhah drama televisyen. (Utusan Malaysia, 12:48)
Read the reporting
1 report
Mierul Aiman nafi hanya pandang tawaran filem
PETALING JAYA: Pelakon, Mierul Aiman menafikan dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya mula bersikap selektif dengan hanya memberikan fokus kepada tawaran filem berbanding naskhah drama televisyen.
Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, berkata baik drama rantaian atau filem, masing-masing mempunyai nilai seni tersendiri untuk dipersembahkan kepada penonton.
“Saya percaya setiap karya itu adalah sesuatu yang mulia. Tidak kira filem, drama atau siri, setiap kali saya berada di hadapan kamera, tanggungjawab saya adalah untuk menterjemah cerita tersebut kepada penonton.
“Memang benar menjadi pelakon filem adalah misi saya sejak hari pertama sebelum menyertai Hero Remaja lagi.
“Namun, saya tidak akan berhenti di sini dan akan terus berjuang dalam industri. Maksudnya, saya masih akan tetap berlakon drama,” katanya ketika ditemui semasa majlis pengumuman calon Top 5 Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pencalonannya bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Tarung: Unforgiven , pelakon yang meledak menerusi drama Projek: High Council ini menyifatkan pencalonan itu sebagai satu bentuk kepercayaan daripada penggiat industri.
Ujarnya, pencalonan tersebut juga merupakan isyarat bahawa dia kini berada di landasan yang betul dalam kerjaya seninya.
“Mendapat anugerah atau pencalonan adalah satu maklum balas yang sangat baik untuk kerja saya. Saya melihat anugerah ini sebagai satu sumber kepercayaan yang memberikan saya semangat untuk terus berjuang.
“Bagi saya, ‘peperiksaan’ sebenar adalah ketika saya berada di set penggambaran untuk mencapai objektif karakter yang ditulis. Pencalonan FFM pula adalah bonus yang mengesahkan perjalanan saya ini berada di jalan yang benar,” jelasnya lagi.
Mierul bakal bersaing dengan empat lagi calon hebat bagi kategori tersebut iaitu Merah Muhaimin (Abah Saya Uncle Mike), Shahfi Rafiq (Indera), Tom Phane (Circus of Life, Xid Haikal (Denu).
Malam kemuncak FFM35 yang dijadualkan berlangsung pada 21 November depan bertempat di Istana Budaya. -UTUSAN
The post Mierul Aiman nafi hanya pandang tawaran filem appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.