
Miti to review products behind large trade deficit with China
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Miti to review products behind large trade deficit with China (Free Malaysia Today, 13:45)
Read the reporting
1 report
Miti teliti barangan penyumbang defisit dagangan RM146 bilion dengan China
Malaysia merekodkan lebihan dagangan RM100 bilion dengan Amerika Syarikat pada 2025, namun mengalami defisit RM146 bilion dengan China. KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti jenis barangan yang menyumbang kepada defisit dagangan Malaysia sebanyak RM146 bilion dengan China, khususnya bagi mengenal pasti bagaimana produk import menggantikan pengeluaran tempatan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Ghani berkata Malaysia merekodkan lebihan dagangan RM100 bilion dengan Amerika Syarikat pada 2025, namun mengalami defisit RM146 bilion dengan China.
“Sebab itu, tumpuan kita sekarang adalah untuk meneliti semua produk yang menyumbang kepada defisit dagangan besar dengan China,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
“Kita mahu tahu mengapa syarikat yang sebelum ini menghasilkan barangan tersebut, yang kini banyak diimport dari China, tidak lagi mampu berbuat demikian dan mengapa ada yang menutup kilang.”
Johari kesal kerana Malaysia terlalu memilih jalan mudah dengan mengimport barangan pada harga lebih murah berbanding menghasilkannya sendiri.
Beliau memberi amaran bahawa apabila pengeluar tempatan menutup operasi, Malaysia akan semakin bergantung kepada pembekal asing yang kemudiannya boleh menaikkan harga barangan.
“Kita perlu mengambil langkah yang sangat tegas untuk melindungi ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada negara asing,” katanya.
Beliau menjawab soalan mengenai risiko kebergantungan Malaysia terhadap pasaran eksport utama seperti AS dan China ketika ketegangan perdagangan semakin meningkat serta pelaksanaan tarif lebih tinggi.
Terdahulu, Johari berkata kerajaan mahu lebih banyak syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menghasilkan bahan mentah serta produk separuh siap yang ketika ini diimport oleh industri elektrik dan elektronik (E&E).
Katanya, penglibatan lebih meluas pengeluar tempatan dalam rantaian bekalan E&E dapat membantu mengurangkan import, sekali gus meningkatkan lebihan dagangan negara.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today13:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
